“Tak Mengapa, Saya Ada…”- Naim Daniel ‘Pujuk’ Sissy Iman
Penyanyi dan pelakon Naim Daniel tampil memberi kata-kata semangat memujuk sepupunya, Sissy Iman yang menerima komen kurang senang dari juri Mas Idayu dalam sebuah program realiti nyanyian pada Ahad.
Menerusi satu hantaran Naim di Instagram (IG) dia menulis panjang coretan khas buat Sissy seolah-olah mahu memujuknya dengan apa yang berlaku.
“Tak mengapa, saya ada.
“Kadang, ada ketika dimana kita menjalani tuntutan tugasan kita dalam keadaan yang kita sendiri tak sehebat mana dalam menjayakannya, tapi kita tetap cuba.
“Walau kadang kita dua tak pasti sama ada orang akan suka bagai nak gila atau benci mencuka,” katanya.
Naim yang bergandingan dengan Sissy dalam program itu dalam pada itu memberitahu mereka berdua ada kalanya berhadapan dengan situasi yang serba tak kena untuk membuat sesuatu keputusan.
“Tak mengapa, saya ada.
“Kadang, ada ketika dimana kita berdua berhadapan dalam satu keadaan sama ada ingin menyahut cabaran atau kekal dalam selesanya landasan, tapi tetap juga kita teruskan walau kita sama-sama takut dengan pelbagai penerimaan.
“Biasalah, darah mudakan suka perubahan? Pasti adanya penentangan. Itu adat pertandingan.
“Tak mengapa, saya ada.
“Kadang, ada hari dimana kita berdua mati akal, kaedah apa dan lagu apa lagi yang kita nak bedal.
“Supaya terhiburnya semua tanpa disangkal-sangkal. Kita tetap cuba cekal walau tahu penat minggu demi minggu kian menebal,” luahnya lagi.
Pun begitu, Naim tetap memuji peribadi Sissy yang tetap pandai mengawal diri biarpun emosi tidak stabil.
“Tak mengapa, saya ada.
“Dan jangan risau, walau ada hari dimana riang awak terhakis, menangis tak habis bagai pisau menghiris.
“Tetap tak hilang peribadi awak yang umum tahu, seorang yang manis.
“Tak mengapa, saya ada,” pujuknya lagi.
Sebelum ini, persembahan Sissy dan Naim Daniel menerusi lagu Jampi nyanyian asal Hael Hussaini menerima komen pedas Mas Idayu yang menganggap mereka tidak menyanyikan lagu tersebut dengan baik.
Bagaimanapun, Sissy tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sebaik sahaja menerima kritikan berkenaan.
Susulan itu, Sissy menyifatkan kegagalan memberikan persembahan cemerlang di program Famili Duo membuatkan dia sedar diri dan ruang tentang kelemahan diri.
Sumber: Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda