Hiburan

Ira Kazar tetap berdepan d4kwaan g4nggu rumah tangga Puteri Sarah – Nor Zabetha

KUALA LUMPUR: Tuntutan sam4n sivil dibuat pelakon, Puteri Sarah, yang mend4kwa Ira Kazar mengganggu rumah tangganya, tidak terbatal walaupun wanita itu disahkan sudah bernikah dengan suaminya, Syamsul Yusof.

Peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor, berkata isu sam4n sivil yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan tetap berjalan.

“Berkenaan dengan isu sam4n sivil, ia dibuat kerana g4ngguan, tulisan atau muat naik luahan Ira Kazar yang dikatakan satu bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform.

“Jadi, seperti yang dilaporkan oleh media dan kenyataan Puteri Sarah, bicara kes akan berlangsung pada Ogos 2023. Jadi, untuk tuntutan ini yang disebabkan penulisan dan gangguan, masih akan diteruskan.

“Perkahwinan itu tidak akan menggvgvrkan kes sebab tuntutannya mengenai perkara yang berlaku sebelum ini terhadap Puteri Sarah,” katanya.

Mengulas aduan dibuat Puteri Sarah ke pejabat agama terhadap Ira Kazar, yang sebelum ini did4kwa kekasih suaminya, Nor Zabetha berkata, implikasinya masih sama, ia tidak akan digugvrkan walaupun wanita itu sah menjadi isteri kedua Syamsul.

“Apabila aduan dibuat, jabatan agama akan buat siasatan sama ada terdapat elemen kesalahan iaitu contohnya, Ira Kazar sebagai pihak ketiga yang menyebabkan keruntvhan kepada perkahwinan, misalnya sehingga Syamsul mencer41kan isteri atau mengabaikan tanggungjawab.

“Kalau cukup elemen, maka jabatan agama akan menyerahkan kepada pendakwa syarie untuk d4kwaan di mahkamah.

“Memandangkan kes ini belum pun did4kwa di mahkamah, barangkali ia dalam peringkat sias4tan lagi. Jadi, kes ini masih disi4sat, tidak akan digugvrkan kerana Ira berkahwin (dengan Syamsul),” katanya.

Beliau menambah, jika ada bukti mencukupi menunjukkan Ira Kazar menjadi punc4 dan penghalang hubungan Puteri Sarah dan Syamsul, kes akan diteruskan.

“Jika tiada pembuktian bahawa Ira tidak menyebabkan perpisahan terjadi antara mereka (Syamsul dan Puteri Sarah), jadi kes tidak akan digugurkan,” katanya.

Sebelum ini, Puteri Sarah memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar, yang didakwa mengacau rumah tangganya selama empat tahun.

Nor Zabetha turut melihat kes itu agak rumit mengambil kira pelbagai faktor membabitkan kedua-dua pihak.

“Ia jadi payah kerana mengikut kenyataan Syamsul dan Puteri Sarah, mereka masih suami isteri, malah Syamsul tidak meninggalkan Puteri Sarah (selepas berkahwin dengan Ira Kazar).

“Ini antara isu dalam kes ini. Apa pun wanita perlu bijak dalam melindungi hak mereka, contohnya harta sepencarian sepanjang perkahwinan,” katanya.

Sumber:BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button