Hiburan

Ismail Izzani tak mahu jadi hipokrit… jawab spekulasi sudah kahwin, mengaku berhibur di kelab malam

DIDAKWA sudah berkahwin secara diam-diam, penyanyi Ismail Izzani akhirnya mengesahkan khabar angin itu tidak benar dan sehingga kini dia masih belum memiliki teman istimewa.

Kata Ismail, 23, buat masa ini dia mahu memberikan fokus kepada kerjaya, lebih-lebih lagi usianya masih muda untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya masih single! Saya mahu fokus kepada diri sendiri.

Ismail terbuka mengakui dia pergi ke kelab malam.

“Sebagai seorang manusia mestilah kita mahu mencuba ke arah itu (bercinta) namun buat masa sekarang saya tidak mencari,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, penyanyi lagu Bidadari ini juga mengakui tahun 2022 sangat mencabar buat dirinya kerana terpalit pelbagai kontroversi antaranya video berpelukan di kelab malam.

Mengulas mengenai perkara itu, Ismail berkata sebagai selebriti dia tidak boleh lari daripada isu panas, namun itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya meneruskan karier seni.

“Saya hanya jadi diri sendiri. Saya mengaku pergi ke tempat sebegitu (kelab malam). Kadang-kadang ada sebabnya… mungkin sekadar nak berhibur dan berjumpa rakan-rakan.

“Bagaimanapun ia tidaklah memberi kesan kepada kerjaya saya. Sebab saya masih bekerja dan terus ada dalam industri ini.

“Tahun 2022 memang agak mencabar. Apa yang berlaku itu adalah diri saya sendiri dan saya cuba untuk memperbaiki,” jelasnya.

Kepada haters pun saya amat hargai setiap komen mereka. Saya anggap ia sebagai satu peringatan walau dengan cara yang kasar

ISMAIL IZZANI

PENYANYI/PELAKON

Tambahnya, dia enggan bersikap hipokrit namun menerima setiap kec4man dan teguran itu dengan hati terbuka.

Di sebalik semua kec4man, Isamil tidak pernah abai tanggungjawab terhadap kerjaya.

“Selagi saya tidak hipokrit, itu sudah bagus. Kalau orang nak kec4m, saya hanya mampu lihat sahaja. Kita pun tak boleh nak puaskan hati semua orang dan buat mereka sayangkan saya.

“Kepada haters pun saya amat hargai setiap komen mereka. Saya anggap ia sebagai satu peringatan walau dengan cara yang kasar.

“Saya tahu sebagai seorang selebriti setiap kali melangkah keluar rumah sudah dikira bekerja dan ramai yang akan memerhati. Saya akan lebih berhati-hati untuk jaga diri sendiri,” ujarnya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button