Hiburan

“Nanti Kau Pulak Kena Bl0ck Macam Puteri Sarah” – Netizen Dakwa Syamsul Yusof ‘Delete’ Komen Ira Kazar?

Tidak dapat dinafikan, sejak kebelakangan ini nama pengarah popular, Syamsul Yusof sering menjadi tumpuan di media sosial mengenai kemelut rumah tangga yang berlaku pada ketika ini bersama dengan pelakon, Puteri Sarah selepas bernikah dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar.

Bukan itu sahaja, khabar berita mengenai perkahwinan kedua Syamsul itu telah membuat ramai orang tidak berpuas hati kerana kasihan dengan nasib yang menimpa kepada isteri pertamanya yang terpaksa menanggung kesedihan selama empat tahun sebelum mengambil keputusan memfailkan penceraian pada Isnin lalu.

Syamsul di Intagram berkongsi satu video pendek menunjukkan suasana ketika penggambaran filem berkenaan yang dipercayai dilakukan sekitar Kuala Lumpur.

Dalam perkongsian itu, Syamsul turut senaraikan pelakon-pelakon hebat tanah air yang akan dapat kita lihat dalam filem ini iaitu, Sharnaaz Ahmad, Beto Kusyairy, Hairul Azreen, Rosyam Noor, Shaheizy Sam, Sofi Jikan, Syamsul Yusof sendiri dan sudah tentu pelakon terkenal Indonesia, Yayan Ruhian.

VIDEO:

IRA KAZAR KOMEN?

Baru-baru ini, nama Ira Kazar pula menjadi perhatian netizen gara-gara dia meninggalkan sebuah komen di sebuah hantaran suaminya telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

Mana tidaknya, netizen mendakwa isteri kedua Syamsul itu telah memberi komen ‘holla-holla’ di sebuah hantaran namun, dipercayai dipadam oleh Syamsul bagi menggelakkan sebarang kecaman terhadap dirinya.

Ira sengaja cari perhatian?

Bahkan, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa Ira bertindak sedemikian sengaja untuk mendapatkan perhatian orang ramai di media sosial.

Bagaimanapun, netizen turut meluahkan rasa puas hati apabila komen Ira itu dipercayai telah dipadam oleh Syamsul dan memaklumkan supaya Ira kekal mendiamkan diri bagi menggelakkan keadaan menjadi lebih keruh.

Sekadar info, Syamsul telah membuat pengakuan pada 6 Januari lalu dimana dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan oleh bapa wanita itu sendiri iaitu Kazar Saisi.

Sumber: OhMedia

Kredit: Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button