“Ini Bukan Salah Crackhouse….” Sharifah Amani Dedah Pernah ‘Perform’ & Sering Datang Kesitu.
Umum mengetahui isu kelab komedi dan wanita yang didakwa menghina Islam masih diperkatakan sehingga ke hari ini. Isu yang sedang tular di media sosial itu turut mendapat reaksi dari pelakon, Sharifah Amani.
“Ini Bukan Salah Crackhouse…”
Menerusi laman Twitter, Sharifah Amani berpendapat isu yang sedang berlaku itu adalah salah individu itu sendiri dan bukanlah salah kelab komedi yang terpaksa ditutup sementara susulan hal berkenaan.
“Ini bukan salah Crackhouse, ini salah individu. Sila berlaku adil kepada tempat seni tempatan yang sudahpun bergelut sebelum ini.”- tulisnya.
Pelbagai Reaksi Netizen.
Rata-rata netizen dilihat meninggalkan pendapat mereka di ciapan Sharifah Amani, malah ada yang merasakan adalah lebih baik kelab komedi itu ditutup.
“Tutup je tempat liberal ni. Bukan sorang yang mempersendakan agama dari tempat terkutuk ni.”
“Kalau Crackhouse ni wujud boleh cure cancer tak? Perlu ke Crackhouse? Komen macam kalau benda alah ni tak dibenar operasi esok dunia kiamat.”
“Rizal also suka hina menghina sis. Meluat tengok joke dia yang tak joke tu. Asik nak hina Islam. Seram tengok joke dia.”
Menurut laporan Harian Metro, wanita yang tular di media sosial selepas didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi itu telah hadir ke Kompleks Mahkamah pada pagi ini untuk pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam.
“Mungkin Saya Tidak Sependapat Untuk…” – Syamsul Yusof
Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof telah memuatnaik satu perkongsian di media sosial mengenai video tular seorang wanita berlawak mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran, sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.
“Mungkin Saya Tidak Sependapat…”
Menerusi hantaran di Instagram Syamsul menyatakan bahawa dirinya mungkin tidak sependapat untuk terus menutup kelab komedi yang dikenali sebagai Crackhouse Comedy Club, Kuala Lumpur.
“Salam. Mungkin saya tidak sependapat untuk terus menutup terus Comedy Club itu (masih boleh dibincangkan).”-Tulis Syamsul Yusof
Perlu Mengetatkan Undang-Undang Tangani Isu Hina Islam
Walaubagaimanapun, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berpendapat pihak terlibat seharusnya memberikan amaran keras dan mengetatkan undang-undang bagi menangani isu ‘menghina agama Islam’.
“Tapi amaran keras, undang-undang harus diperketat dan jabatan agama/pihak berwajib juga pemimpin perlu serius tangani isu berlarutan ‘menghina agama Islam ini’.”-Tulis Syamsul
Pelbagai Reaksi Netizen
Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata netizen tampil memberikan komen malah ada yang mendakwa kelab komedi itu telah menjadi ‘lubuk’ untuk melakukan penghinaan kepada bangsa dan agama.
“Terbaik..Mari kita mulakan dari sekarang. Allah peliharalah agama Islam di bumi kami.”
“Jika benar comedy club tersebut akan atau telah menanam benih kebencian terhadap bangsa dan agama, ianya perlu dilakukan segera. Jangan biarkan lagi bangsa dan agama kita dipermainkan dan diperkotak katik kan lagi.”
“Tempat tu menjadi lubuk untuk melakukan penghinaan pada bangsa dan agama. Penghinaan bukan sahaja datang dari peserta bahkan dari pemiliknya sendiri dan ia wajar ditutup sebagai pengajaran.”
Dipetik dari laporan Harian Metro, wanita yang telah tular di media sosial selepas dikatakan menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi itu telah hadir ke Kompleks Mahkamah pada pagi ini untuk pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam.
Sumber : Murai