Viral

Tiba-tiba penampar hinggap ke muka! Pemuda tengah lepak di kafe terkejut diserang wanita, marah tersigung beg

GARA-GARA menyangka hak privasinya cuba diganggu, seorang wanita bertindak menampar pemuda di sebuah kafe di hadapan orang ramai.

Berdasarkan video yang tular, wanita berkenaan dilihat baharu saja masuk ke kafe berkenaan dan berjalan di belakang pemuda yang sedang duduk berborak bersama rakannya.

Tanpa disangka, siku kanan pemuda tersebut yang sedang dalam posisi sedikit ke belakang terkena pada beg sandang wanita itu.

Kejadian sewaktu wanita ini menampar individu tersebut.

Hal itu menyebabkan wanita berkenaan berang lalu segera menampar muka pemuda berkenaan.

Susulan itu wanita yang dikenali sebagai Almirah teruk dikecam netizen kerana bertindak melulu.

Enggan terus membiarkan warga maya terus mengecamnya, wanita tampil menjelaskan tentang insiden tersebut.

Menurut Almirah, apa yang berlaku adalah tindak balas spontan dan tidak disengajakan apabila siku pemuda itu tersentuh beg galasnya.

Namun tegas Almirah pemuda berkenaan tidak sepatutnya meletakkan tangan di posisi seperti itu kerana menghalang laluan orang.

“Dekat sini juga sama-sama salah. Abang tu salah, saya pun sama.

“Tapi kenapa mesti tangannya ke belakang sangat? Tempat macam tu kan ramai orang,” katanya menerusi satu video berasingan di akaun TikTok miliknya.

Pasti keadaannya berbeza jika lelaki itu kacak.

ALMIRAH

Walau bagaimanapun Almirah tetap mengakui silapnya yang agak pantas tanpa usul periksa mengangkat tangan melempang lelaki tersebut.

Malah Almirah memberitahu dia juga sudah memohon maaf kepada pemuda berkenaan atas perbuatannya itu.

“Banyak juga yang cari saya dan cakap macam ni dan macam tu.

“Lagipun saya sudah minta maaf dekat abang tu,” katanya berikutan kejadian.

Komen netizen pada video.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen tetap mempertikaikan permohonan maaf Almirah terutamanya apabila dia tetap meletakkan sebahagian daripada kesalahan itu kepada pemuda yang ditamparnya.

“Dekat mana salah abang tu? Kenapa tetap salahkan dia?

“Pasti keadaannya berbeza jika lelaki itu kacak.

“Tapi kalau saya yang jadi abang itu sudah pasti ceritanya juga lebih berbeza,” demikian kata netizen.

Hingga kini video insiden yang berlaku di Indonesia itu meraih hampir lima juta tontonan hingga tular dan mendapat perhatian pengguna TikTok di Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button