Hiburan

Ibu Faizal dan Anas Tahir menlngg4l dunla

IBU kepada penyanyi dan komposer Faizal Tahir iaitu Muzlipah Aisha Pawanteh menlnggal dunia pada pagi Ahad.

Berita sedih itu dikongsi sendiri sendiri oleh Faizal atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 46, yang turut memohon doa ramai buat kesejateraan Allahyarham.

“Kepada yang mengenali ibu saya, mohon dihalalkan segala makan minum beliau dan diampunkan kekurangan serta salah silap selama dalam kenalan.

Anas berkongsi gambar kenangan bersama arwh ibunya.

“Rehatlah dan tenanglah di negeri abadi Mama, cinta hati pertama saya.

“Mama sudah buat yang terbaik untuk kami semua. Anak-anak masih ada urusan di dunia dan kami akan menyusul kemudian,” katanya.

Sementara itu, perkara sama turut dimaklumkan menerusi Instagram stesen radio Zayan FM yang merupakan tempat bertugas Anas Tahir iaitu adik kepada Faizal.

Anas sebelum ini juga pernah berkongsi kisah dia terpaksa menjual barangan peribadi bagi menampung kos perubatan ibunya namun tidak mendedahkan penyakit sebenar.

Anas turut memuat naik gambar bersama ibunya di Instagram berserta kenangan mereka bersama.

“Tak dapat dah nak usap dan cium Mama, peluk Mama kuat-kuat,” ujarnya.

Sumber :mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button