Hiburan

“Ia Bukan Satu Pekerjaan Yang Memalukan” – Masih Ingat Dengan Kefli AF 3? Ini Kehidupan Terkini Beliau Buat Peminat Tak Sangka

Tiba-tiba sahaja nama Kefli AF3 menjadi perhatian netizen apabila perkongsian seorang individu menjadi tular apabila nama Mohamed Zulkefli Mohamed Idir muncul di sebuah aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan baru-baru ini.

Hal tersebut dikongsikan oleh seorang pembaca Gempak sebelum ini.

Menurut pembaca itu, dia berasa terkejut apabila nama penghantar makanan Mohamed Zulkefli Mohamed Idir muncul di aplikasi perkhidmatan seru-pandu berkenaan.

“Ketika itu, saya sedang pesan makanan seperti biasa. Kemudian, tertera nama penuh Kefli berserta wajahnya pada ruangan aplikasi. Sebagai penonton setia Akademi Fantasia, tentulah saya terkejut.

“Apabila mahu mengambil pesanan, saya yakin dia adalah Kefli daripada gaya suaranya. Cuma dia ada memberitahu air yang saya pesan tertinggal di kedai.

“Berkali-kali dia minta maaf dan saya katakan tidak mengapa. Dia turut mencadangkan kepada saya supaya membuat report kepada syarikat seru-pandu berkenaan jika tidak berpuas hati. Begitupun saya tidak sampai hati berbuat demikian. Tak mengapalah,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, pembaca berkenaan turut berh4rap agar Kefli sentiasa dilimpahkan rezeki walaupun dalam apa keadaan sekalipun.

“Semua orang ada s.truggle masing-masing dan dia masih mencari rezeki yang halal. Saya berh4rap dia akan kembali ke bidang seni dan meneruskan kariernya sebagai pelakon dan juga penyanyi,” kata pembaca itu lagi.

 

Kefli,37, yang dihubungi mStar tampil mengakui bahawa dia sebenarnya sudah setahun melakukan pekerjaan tersebut bagi menyara keluarganya.

Dalam pada masa yang sama, Kefli turut mempunyai sebuah kedai makan iaitu Prapp Corner yang terletak di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur sejak 10 tahun yang lalu.

Jelas bekas peserta program popular Akademi Fantasia musim ke-3 ini lagi, dia mula bekerja sebagai ‘rider’ semenjak negara dilanda p4ndemik C0V1D-19 di mana bisnes makanannya menjadi agak perlahan kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kefli juga sempat meminta orang ramai agar tidak berasa terkejut dan menyifatkan pekerjaan sebagai penghantar makanan sebagai salah satu simbol kegagalan.

Sumber : Astro Gempak  

Saya tak ada rasa malu sebab bukannya buat benda yang salah, hanya berniat nak bekerja untuk menyara keluarga. So far Alhamdulillah boleh hidup, nak kata kaya itu tidaklah.

Jelasnya lagi, reaksi peminat terhadap kerjaya itu mungkin boleh mengguris hati para penghantar makanan yang lain.

Mesti perasaan mereka tergores juga, anggap sahaja menjadi penghantar makanan ni sama macam pekerjaan lain di luar sana.

Sementara itu, Kefli turut ditanyakan mengenai penglibatannya dalam dunia seni sama ada sudah berakhir ataupun tidak.

Ujarnya, dia teringin untuk kembali aktif dalam industri hiburan seperti mengeluarkan single terbaru jika diberikan peluang untuk berbuat demikian, namun tidak pasti bila.

Menerusi Akademi Fantasia 3, Kefli merupakan antara peserta kegemaran penonton. Bagaimanapun, Kefli tersingkir di minggu kesembilan.

Kemudian, Kefli, 37, membina nama sebagai pelakon dan antara naskhah yang dibintanginya termasuklah Berek dan Impian Laili.

Sumber: Beautifulnara , Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button