Hiburan

“Saya memang tiada kereta, Allah makbulkan doa saya” – Dipilih Tokoh Seri Angkasa ASA2022, dikejvtkan hadiah MPV Mitsubishi Xpander

MALAM kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022) menyaksikan pelakon veteran Fauziah Nawi dipilih sebagai penerima trofi Tokoh Seri Angkasa sebagai penghargaan penglibatannya selama lima dekat dalam industri hiburan tempatan.

Kemenangan trofi berprestrij itu turut dikejutkan dengan hadiah sebuah kenderaan jenama Mitsubishi Xpander yang berharga RM100,000 berserta wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi.

Fauziah ketika ditemui meluahkan rasa syukur apabila diberi pengiktirafan yang disifatkan tidak pernah diimpikan sepanjang bergelar seorang anak seni.

“50 tahun lalu saya masuk dalam industri ini, saya tak pernah terfikir tentang memenangi anugerah ini.

Fauziah menerima pengiktirafan tertinggi dalam karier sebagai anak seni.

“Malam ini saya berbesar hati untuk menerima pengiktirafan ini,” katanya.

Bagaimanapun, kejutan diberikan sebuah kereta benar-benar membuatnya terharu kerana Fauziah memberitahu dirinya memang tiada kenderaan dan tidak mampu membelinya.

“Allah dah makbulkan doa saya, saya memang tiada kereta dan rasanya tak mampu untuk membeli kereta.

“Malam ini Allah sudah menjawab doa saya,” ujarnya lagi.

Sementara itu, bagi kategori Drama Terbaik ia dimenangi oleh Pencipta Pegang Waktu dan membawa pulang hadiah berupa Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak RM20,000.

Eman Manan Pelakon Lelaki Drama Terbaik.

Bagi kategori Pengarah Drama Terbaik turut milik Pencipta Pegang Waktu menerusi arahan Zainorhisyam Samudin.

Manakala bagi kategori Dokumentari Terbaik ia milik Social Playlist (Astro AEC) yang membawa pulang hadiah DKD sebanyak RM15,000.

Dalam pada itu, pelakon Eman Manan memenangi kateogri Pelakon Lelaki Drama Terbaik menerusi Satu Kampung Dua Orang siaran Astro Citra manakala Khatijah Tan Pelakon Wanita Drama Terbaik menerusi Rabak (TV3).

Malam kemuncak ASA2022 itu menyaksikan sebanyak 34 lagi anugerah disampaikan pada malam kedua penganjurannya yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

Khatijah Tan Pelakon Wanita Drama Terbaik.

Penganjuran dua malam ASA2022 ini mempertandingkan sebanyak 72 kategori secara keseluruhan yang mana 43 daripadanya untuk televisyen, 22 kategori radio dan masing-masing satu Anugerah Khas Juri dan Tokoh Seri Angkasa.

Kesemua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi.

ASA2022 dihoskan oleh Terrence Dass, Fara Fauzana dan Anne Xaveira dan turut disiarkan secara langsung menerusi TV2 dan FB Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Acara turut diserikan dengan persembahan daripada Haqiem Rusli, Tajul, Noraniza Idris, Kmy Kmo, Hazama, Ella, Misha Omar dan ramai lagi.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button