Hiburan

“I Taknak You Jumpa Syamsul No Matter What” – Aaron Akur Isteri Halang Bertemu Syamsul Demi Kesihatan Ment4l Keluarga

Konflik yang berlaku di antara pelakon Datuk Aaron Aziz dengan pengarah, Syamsul Yusof kini menjadi bualan hangat ramai di media sosial.

Terbaru, hantaran dimuat naik oleh aktor berusia 47 tahun itu meraih perhatian apabila dia menunjukkan perbualannya bersama isteri, Datin Diyana Halik.

Menerusi perbualan mereka itu, Diyana berkata dia tidak mahu Aaron pergi berjumpa dengan Syamsul kerana berasa tertekan dengan kontroversi yang melanda suaminya.

Bukan itu sahaja, Diyana juga meminta agar Aaron memikirkan tentang kesihatan mental keluarga mereka yang terganggu disebabkan konflik ini.

I taknak you jumpa Syamsul no matter what. Saya sangat cemas. I tak boleh (tahan) dengan kontroversi begini lagi. Janji dengan I (tidak jumpa Syamsul), untuk I dan kesihatan mental I.”

Malah, Aaron turut memaklumkan bahawa anak bongsunya juga cukup terkesan dengan kontroversi ini sehingga menangis di dalam bilik.

Pelakon berasal dari Singapura itu juga turut meminta maaf kerana tidak menjawab panggilan dan dia enggan lagi memberi apa-apa kenyataan berhubung konflik mereka berdua.

Sementara itu, menjengah ke Instgaram Story (IGs) Syamsul, pengarah yang juga pelakon turut memuat naik kenyataan untuk kembali maju kehadapan dan melupakan segala isu yang terjadi ini.

“Dalam isu Aaron digugurkan sebagai pelakon filem OG. Tidak perlu kita menyalahkan mana-mana pihak atau pelakon lain seperti Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy.

“Keputusan mengugurkan Aaron dibuat sebulat suara oleh saya dan penerbit lain filem ini. Ia isu kerja antara saya sebagai pengarah dan Aaron sebagai pelakon. Saya mengambil tanggungjawab atas semua kesalahan mengenai perkara ini. Tidak perlu dipanjangkan lagi isu ini, Terima kasih,” tulisnya.

 

Sumber : Beautifulnara, xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button