Hiburan

Hujan lebat reda tiba-tiba, Norreen sebak doa dimakbul Allah… “Saya tak tipu, mata kami bergenang”

PELAKON Norreen Iman berkongsi momen tidak boleh dilupakan apabila doa dan permintaannya dimakbulkan oleh Allah SWT.

Kata Norreen atau Norreen Iman Abdullah, 30, dia ketika itu terperangkap bersama rakannya yang dikenali sebagai Tya di dalam sebuah kereta akibat hujan lebat.

Norreen berkata semasa kejadian itu mereka tidak membawa payung dan rakannya pula mengenakan jubah bersaiz besar yang mungkin menyukarkan mereka untuk bergerak.

“Apa yang terjadi pada saya dan orang lain menjadi saksi perkara ini. Ketika sampai di kedai… masa itu hujan lebat yang kalau dilihat luar nampak kelabu.

Norreen kongsi sedikit tentang pengalamannya.

“Tanya Tya tak ada payung… jadi saya nak keluar dulu memandangkan Tya pakai jubah besar. Tapi bila buka pintu sekejap habis basah tangan,” kongsinya.

Norreen berkongsi cerita itu menerusi Instastory dan menjadi tular di aplikasi TikTok.

Kata Norreen lagi, ketika itu dia terdetik meminta bantuan Allah agar memudahkan urusannya bagi meredah hujan lebat.

Bagaimanapun dia tidak menyangka doanya singkatnya itu dimakbulkan dengan mudah.

“Bila dah tutup pintu, rasa ya Allah macam mana nak keluar kereta. Tiba-tiba tak tahu macam mana dari lebat terus tak ada bunyi hujan.

“Hujan berhenti masa itu. Saya cuma niat macam mana nak keluar kereta sebab hujan. Sebab kesian dekat Tya kerana baju dia berat,” ujarnya.

Menurut Norreen, sebaik sahaja hujan berhenti mereka segera keluar dan terkejut dengan apa yang berlaku.

Katanya, jantungnya berdebar kerana melihat di kawasan lain masih dituruni hujan.

Penampilan Norreen bertudung menjadi pujian ramai.

“Bila hujan berhenti… saya dan Tya berpandangan dan lari keluar dari kereta. Bila dah sampai depan kedai kami sama-sama terkejut.

“Masa itu suruh Tya rasa jantung… memang kuat waktu itu. Saya tak tipu. Mata kami bergenang sama-sama masa itu.

“Tengok kereta Razi (suami Norreen) masih hujan renyai lagi waktu itu. Kereta belakang kami pun macam terkejut.

“Kami berdua terkinja-kinja sampai Tya kata Allah dengar doa Norreen,” luahnya.

Sebelum ini, Norreen memaklumkan dia mula memadam beberapa foto miliknya yang tidak mengenakan hijab serta mendedahkan aurat di media sosial miliknya.

Kata pelakon itu, meskipun berat hati namun tidak menyesal dengan tindakan memadam atau meletakkan hantaran lama dalam bentuk arkib.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button