Hiburan

“Hilang dalam kegembiraan…” – Naim Daniel terima pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ kerana berjaya nyanyi secara terbalik di AJL37

PENYANYI Naim Daniel menerima pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records (MBR) susulan persembahan lagu Mainan yang dinyanyikan secara tergantung di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) baru-baru ini.

Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 26, meluahkan rasa syukur dan menganggap pengiktirafan yang diberikan sebagai permulaan yang baik untuk menyambut Ramadan kali ini.

“Allah Maha Besar. Hari ini, 22 Mac 2023. Saya diiktiraf oleh MBR untuk persembahan saya di AJL37 yang lalu bagi lagu Mainan.

Naim teruja diberi pengiktirafan sebesar ini.

“Saya menerima pengiktirafan sebagai individu pertama yang menyanyi secara terbalik dalam persembahan secara langsung.

“Hilang dalam kegembiraan sekarang sebenarnya. Satu pembukaan yang baik buat saya sebelum melangkah ke bulan Ramadan tahun ini,” katanya.

Naim berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, Naim turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong dan memaklumkan bahawa pengiktirafan itu sebagai satu sejarah dalam kerjaya seni nyanyiannya.

Kata Naim, dia menghadiahkan kejayaan itu buat semua anak seni yang sentiasa berani dalam mencuba.

“Terima kasih di atas sokongan dan cinta kalian semua yang telah menyokong kerjaya saya dari awal hingga ke hari ini.

“Hari ini, satu lagi sejarah tercatat untuk perjalanan saya sebagai anak seni, dan ia takkan berhenti disini.

“Selagi saya menghirup nafas daripada semangat dan doa yang kalian berikan. Teruskan berani. Sayang semuanya,” ujarnya.

Naim merupakan penghibur yang berbakat besar.

Pada 12 Februari lalu, Naim membuat kejutan apabila tampil menyanyi secara terbalik dan tergantung sepanjang persembahan lagu Mainan di pentas AJL37.

Memakai pakaian serba putih, Naim turut memberikan persembahan bertenaga ketika menyampaikan lagu ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewanga itu.

Ini merupakan kemunculan ketiga Naim di pentas AJL selepas kali pertama menerusi lagu Sumpah di AJL34 pada 2020.

kredit:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button