Hiburan

Hadir mahkamah bersama jambangan ros dan cincin, farid kamil buat kejutan? Tk sangka Ini balas Diana Danielle

Pelakon, Farid Kamil, 42, tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, kira-kira jam 9 pagi membawa jambangan bunga Mawar untuk isterinya, Diana Danielle, 32.

Farid menaiki kereta Vellfire berwarna putih turun sambil tersenyum. “Bunga ini untuk Diana tanda perdamaian pertama,” katanya ringkas sebelum masuk dewan bicara di mahkamah, di sini.

Sementara itu, isterinya, Diana hadir lebih awal pada 8.55 pagi memakai baju hitam bersama pengawal peribadi. “Salam Ramadan,” katanya ringkas.

Diana hadir ke mahkamah lebih awal pada 8.55 pagi memakai baju hitam bersama pengawal peribadi. Kira-kira lebih 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 7 pagi untuk membuat liputan.

Farid dan Diana hadir bagi memaklumkan kepada mahkamah mengenai pelantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan konflik rumah tangga, selepas aktor terbabit enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.

Farid Kamil turut beli cincin untuk pujuk Diana sempena ulang tahun perkahwinan ke-11

TIDAK hanya membawa sejambak bunga ros untuk isterinya, pelakon dan pengarah Farid Kamil mendedahkan sudah membeli sebentuk cincin buat Diana Danielle ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada pagi Selasa.

Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, berkata, cincin tersebut dibeli khas buat Diana bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 tahun ini.

“Saya sudah beli cincin sebagai sambutan ke-11 ulang tahun perkahwinan kami. Tidaklah mahal sangat, cukup sekadar ada,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, Farid yang tiba di mahkamah bersama peguam dan pihak pengurusannya turut membawa sejambak bunga ros berwarna merah sebagai tanda ingin memujuk Diana.

“Hari ini saya datang untuk memberi bunga kepada Diana sebagai tanda pendamaian pertama,” ujarnya.

Bunga pun dibuang, apatah lagi cincin

Pun begitu, nampaknya Diana seakan sudah nekad dengan pilihan yang dimahukan. Jelas Farid Kamil yang disaksikan petugas media luar mahkamah, hadiah bunga serta cincin anniversary yang diberi ditolak oleh isterinya itu mentah-mentah.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Sumber : BH, mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button