Hiburan

Fuad Rahman Larang Tom Bernyanyi Di Kelab Malam Selepas Kahwin – ‘Lebih Baik Tak Terlibat, Saya Boleh Tanggung Dia & Anak-Anak’

Fuad Rahman Larang Tom Bernyanyi Di Kelab Malam Selepas Kahwin – ‘Lebih Baik Tak Terlibat, Saya Boleh Tanggung Dia & Anak-Anak’

FUAD Rahman meminta isterinya iaitu Tom meninggalkan karier sebagai penyanyi kelab malam sebagai langkah mengelak daripada fitnah masyarakat.

Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 44, berkata, dia tidak mahu nama isterinya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang tidak baik selain ia demi kebaikan buat mereka sekeluarga.

“Kami tidak menghina orang yang bekerja di kelab malam, cuma saya beritahu Tom yang nama dia semakin meningkat naik… Saya takut ada orang rakam video dia ketika bekerja dan viral.

“Walaupun tidak sentuh air itu (arak), orang nanti kata kita sentuh. Jadi saya minta dia berhenti demi kebaikan diri dia dan anak-anak.

Fuad janji mahu menjaga Tom.

“Kalau lounge hotel mungkin tapi kalau kelab malam memang saya tak galakkan,” katanya kepada mStar.

Fuad berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu kelima FD3 yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam.

Dalam pada itu, Fuad berkata, sebagai suami dia bertanggungjawab mencari rezeki bagi menyara Tom dan anak-anak mereka.

Malah dia tidak mahu maruahnya sebagai suami tercalara dengan kata-kata netizen yang adakalanya tidak sahih.

“Saya tak nak orang cakap apa-apa (perkara negatif) nanti saya juga yang geram. Sebagai suami sikit-sikit saya boleh diam lagi tapi kalau sudah keterlaluan mestilah saya terasa.

“Saya minta dia berhenti bukan apa sebab tak mahu Tom tertekan dengan kata-kata orang,” ujarnya.

Saya minta dia berhenti sebab tak mahu Tom tertekan dengan kata-kata orang.

FUAD RAHMAN

PENYANYI

Sementara itu, Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, berkata, meskipun merindui rakan-rakan di kelab malam namun dia ingin memberi fokus kepada karier nyanyian yang sedang meningkat naik ketika ini.

Tom juga akur dengan permintaan suami selain melihat ia peluang untuk memberi lebih fokus kepada keluarga dan anak-anak.

“Saya tinggalkan kerja di kelab malam sejak tahun lalu tapi saya tak mahu cakap saya tidak akan kembali ke sana sebab kita tidak tahu rezeki saya di mana.

“Selepas tersingkir Gegar Vaganza tahun lalu saya ada pergi ke kelab dan buat persembahan tapi masa itu semua kamera telefon naik untuk ambil video.

Tom akur dengan pemintaan Fuad.

“Fuad pula dapat tahu saya menyanyi di kelab waktu itu dan minta saya untuk berhenti,” kongsinya.

Untu rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button