“Gementar tapi gembira sangat”… Shuk Sahar tunai umrah bersama isteri, netizen syukur dah berbaik semula
DIDUGA pelbagai ujian dalam rumah tangga, namun ianya sama sekali tidak mematahkan semangat pelawak Shuk Sahar untuk kembali berbaik dengan isteri iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah.
Terbaharu, perkongsian Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, menunaikan ibadah umrah bersama Serra menarik perhatian netizen.
Menerusi video yang dikongsi di Instagram, Shuk yang memakai pakaian serba hitam meluah rasa syukur kerana masih diberikan peluang untuk melakukan ibadah bersama isteri dan merakamkan memori di Kota Makkah.
Perkongsian yang dimuat naik Shuk di akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah diberi peluang untuk jadi tetamu Allah buat kali kedua,” tulisnya pada hantaran tersebut.
Dalam perkongsian lain, isteri kepada pelakon filem Zack Kapcai itu turut memuat naik video dilihat mesra bersama suaminya sebelum berlepas ke Tanah Suci.
Menerusi akaun TikTok miliknya, Serra meminta orang ramai untuk mendoakan hubungannya bersama Shuk semakin baik.
“Assalamualaikum semua. Doakan kami berdua. Semoga mendapat umrah yang mabrur. Dapat perbaiki diri.
“Rasa gementar. Tetapi rasa bahagia sangat. Alhamdulillah,” ujarnya.
Netizen doakan yang terbaik buat Shuk dan Serra
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menyokong dan bersyukur dengan keputusan pasangan itu yang memilih untuk berbaik semula dan memperbaiki kekurangan diri masing-masing.
“Memang rasa sedih. Kadang-kadang begitulah kehidupan. Allah duga dahulu sebelum kita rasa hikmah disebaliknya. Semoga yang terbaik buat kedua pasangan ini.
“Shuk bagus. Walaupun dia tahu kesalahan dia tetapi dia tidak pernah salahkan isteri. Dia pun tidak pernah abaikan anak-anak dan isteri dia,” komen netizen.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.