Hiburan

Sudah cuba tapi gagal, Mawar Rashid kongsi foto tak lagi berhijab – “Saya minta maaf”

TIADA angin tiada ribut, pelakon Mawar Rashid tampil memuat naik dua foto memperlihatkan dia tidak lagi mengenakan hijab di Instagram miliknya pada awal pagi Selasa.

Menerusi foto berkenaan, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, mengenakan baju putih bersama gaya rambut diikat kemas.

Mawar menerusi kapsyen gambar tersebut hanya menyifatkan dirinya sudah mencuba tetapi gagal selain meminta maaf.

Imej terkini Mawar yang sudah tidak bertudung.

“Saya cuba tetapi saya gagal. Saya minta maaf,” tulisnya ringkas.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini turut menyahaktifkan ruang komen pada hantaran berkenaan.

Sementara itu, di Instastory miliknya pula, Mawar memaklumkan dia ingin berehat seketika dan akan kembali semula apabila dia sudah bersedia.

“Selamat tinggal dunia. Akan kembali apabila sudah bersedia dari segi mental. Sentiasa sayang korang,” ujarnya.

Pada Ogos 2020, Mawar memaklumkan dirinya terbuka hati ingin menutup aurat sepenuhnya selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan.

Katanya ketika itu dia telah lama menyimpan impian untuk memakai tudung namun hatinya yang berbolak balik membuatkan dia sentiasa menangguhkan hasrat tersebut.

Namun dia menyedari tanggungjawab sebagai wanita Islam bukan sahaja perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan tapi tetapi juga melakukan perkara wakjib seperti menutup aurat.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button