Hiburan

“Bukan Salah Dia, Saya Yang Tak Jujur Sejak Awal…” – Bad Indigo Akhirnya Ded4h Punca Cer4i

IKATAN perkahwinan di antara Bad Indigo dan Ashira mungkin sudah terlerai namun penyanyi itu kelu apabila mendapat perkhabaran bekas isterinya itu sudah bertemu pengganti.

Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47, berkata, meskipun sudah bercer4i namun perasaan sayang terhadap Ashira masih ada malah berharap mereka dapat kembali bersama sekiranya diberi peluang.

“Ketika kami buat video umum pencer41an sebelum ini pun saya pernah kata masih sayangkan dia. Saya mahu lihat dia gembira dan dalam hati ini ada perasaan sayang dan harap boleh buat Ashira kembali bahagia.

Penyanyi, Bad Indigo akhirnya menjelaskan tentang punca pencer4ian bersama Ashira.

Menurut Bad, dia tidak mahu lagi ada kata-kata negatif atau pun komen melampau yang mengh1na bekas isterinya.

“Masih ramai lagi yang sangat tak puas hati tentang perpisahan kami kerana tiada terbongkar cerita fasal apa kami berpisah.

“Jadi disebabkan itu Ashira tidak habis-habis dic4ci, dim4ki, dihent4m oleh netizen dalam sosial media.

“Ada yang kata tinggalkan laki sebab dah kudvng tangan, kaki dan sebagainya. Apa benda semua ni kalau tak tahu pangkal cerita kenapa nak kena sibuk.

“Kami berpisah bukan salah dia, salah saya. Saya yang tak jujur dengan dia daripada mula. Saya tak jujur bukan fasal orang ketiga, jangan salah faham.

“Saya tak jujur dengan sakit-sakit yang saya ada yang saya sendiri tak faham. Jadi bila dah bernikah baru saya tahu benda itu.

“Baru saya tahu betapa tervknya sakit itu. Jadi tak adil untuk Ashira sebab tak jujur dengan dia yang saya takut kehilangan dia.

“Saya takut kalau dia tahu saya sakit macam-macam dia tak nak. Itu salah saya sepatutnya saya yakin dan percaya dengan dia.

“Tapi saya sendiri yang jadi selfish masa itu, akhirnya tak menjadi apa pun, last-last kami tetap berpisah juga,” jelasnya.

Bad mendedahkan perkata itu menerusi satu rakaman pendek yang di muat naik di akaun Instagramnya hari ini.

Saksikan penjelasan penuh Bad mengenai hubungan perkahwinannya dengan Ashira di bawah:

 

Bercakap soal jodoh, Bad tidak berharap mana-mana wanita untuk jatuh hati kepadanya memandangkan keadaan dirinya yang kini berkerusi roda akibat diabetes.

Kata Bad, dia tidak terfikir untuk mencari pengganti kerana sedar keadaan dirinya selain tidak mahu menyusahkan orang lain.

“Terus terang saya katakan, saya tidak mahu susahkan orang lain dengan keadaan diri saya sekarang. Jadi memang tak terfikir untuk kembali bertemu jodoh.

 

Terdahulu, Ashira teruk dikec4m netizen gara bergambar dengan seorang lelaki lelaki yang difahamkan sebagai kenalan zaman remajanya.

Disebabkan itu juga netizen telah menudvh Ashira sebagai wanita kurang baik kerana meninggalkan Bad yang menanggung sakit keseorangan.

Untuk rekod, Bad dan Ashira melangsungkan perkahwinan pada 11 Mac tahun lalu namun pasangan itu mengumumkan penceraian mereka pada Jun lalu.

Bad yang bergelar bapa tunggal sejak 2010 mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Rayyan, 13 dan Rania, 12 tahun.

Manakala Ashira yang berstatus ibu tunggal sejak 2015 memiliki seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi yang kini berusia 16 tahun.

Sumber: Gempak, mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button