“Dulu Man belon kini Man sado” – Netizen ingat pakai ‘filter’, Man Raja Lawak kongsi rutin senaman turun 30 kilogram
PERKONGSIAN video pelawak Man Raja Lawak sedang bersenam di gim menarik perhatian netizen sehingga membuatkan peminat terinspirasi dengan perubahan dilakukan.
Cerita Man atau Abdul Rahman Kasim, 47, selepas sekian lama mengamalkan senaman kini baru dia dapat merasa tubuh badan idaman yang diimpikan selama ini.
“Sebenarnya badan macam sekarang ni idaman saya sejak zaman sebelum kahwin lagi, sekarang baru dapat peluang merasa.
“Itupun mungkin sebab job awal tahun kurang, jadi masa saya lebih banyak habis pada aktiviti sihat seperti bersenam di gim.
Man aktif bersenam di gim untuk mendapatkan bentuk badan idamannya.
“Tak sangka video tu ramai terkejut sampai ada yang ingat saya pakai filter. Tapi nak seribu daya dan saya pun tunjuk bukti bukan cakap kosong,” katanya ketika dihubungi mStar.
Sementara itu, Man berkata proses untuk mendapat tubuh badan kurus dan berotot itu memakan masa sehingga lima bulan.
Jelasnya tiga bulan terawal dia hanya berjalan kaki dengan menggunakan teknik pernafasan yang betul.
Kemudian melakukan bersenam angkat berat di gim selama dua bulan untuk mendapatkan tubuh badan berotot.
Dalam pada itu, Man sempat berkongsi rutin hariannya di gim sehingga berjaya menurunkan berat badan daripada 95 kilogram kepada 65 kilogram.
“Kalau macam saya hari-hari saya ke gim tapi saya main ikut bahagian badan, kalau harini saya fokus bahu esok saya tukar bahagian lain.
Perbezaan Man dulu dan sekarang.
“Tapi perut memang selalu buat. Kalau cerita bahagian perut ni saya banggalah sebab sebelum ini besar, pakai saiz 41 sekarang saiz 28.
“Setiap saya lakukan ni ada proses dan kena istiqamah dalam bersenam dan jaga pemakanan,” katanya.
Sebelum ini Man menafikan tuduhan dia melakukan pembedahan bariatrik untuk cepat kurus.
Malah pelawak itu membuktikan sebaliknya dengan menunjukkan video dia bersenam di media sosial setiap hari.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.