Hiburan

Nikahi Ahli Perniagaan, Tak Diizinkn Berlakon Lagi, 7 Thun Berlalu, Tak Sangka Begini Kehidupan Hanez Suraya

Pelbagai kontroversi telah kita dengar tentang isu perkahwinan pelakon Hanez Suraya. Tetapi itu semua telah dilupakan setelah Hanez melahirkan seorang cahaya mata bernama Putri Aleesya.

Pelakon Hanez Suraya, 32, akur apabila suaminya yang juga ahli perniagaan, Romie Razin, tidak mengizinkannya untuk kembali ke dunia lakonan.Hanez yang kali terakhir berlakon dalam drama Love You Mr Arrogant empat tahun lalu bagaimanapun cuba memujuk dengan harapan suaminya berubah fikiran tetapi dia tetap dengan pendiriannya.

“Tak ada apa yang perlu dikesalkan tetapi tipulah kalau saya kata tak rindu nak berlakon semula.

Namun sebagai isteri apa yang paling penting sekarang adalah patuh perintah suami. Mungkin ada sebab suami berbuat sedemikian. Apatah lagi dalam dunia lakonan macam-macam boleh terjadi.

“Walaupun tak berlakon, tetapi suami mengizinkan saya untuk menjalankan perniagaan sendiri. Alhamdulillah, sudah tiga bulan saya mengusahakan tudung sendiri yang dijual secara online dan mendapat sambutan yang baik,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

 

Awalnya, Hanez kurang yakin untuk memulakan perniagaan itu kerana bimbang mendapat maklum balas buruk daripada pengguna gara-gara dia dihent4m dan dikr1tik teruk peminat dua tahun lalu apabila dia didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Romie bersama isteri pertama dulu.

Hanez yang berkahwin pada 25 Mac 2015 mengakui semakin bahagia bersama suami dan anak sulung mereka Puteri Aleesya.

“Sejak tak berlakon masa saya banyak dihabiskan bersama keluarga. Kalau dulu saya menguruskan sendiri rumah tangga tanpa pembantu rumahtetapi sejak anak berumur tujuh bulan, baru saya berani menggunakan khidmat pembantu,” katanya.

Perkara itu sekali gus menafikan khabar angin rumah tangga Hanez dan suami berantakan. 

“Saya pun pelik macam mana cerita itu boleh timbul. Apatah lagi terlalu banyak cerita yang ditokok tambah.

Ketika cerita itu tersebar saya dan suami okey saja. Tapi apabila pelbagai spekulasi timbul membuatkan perkara itu menjadi rumit.

 

 

“Suami bukan orang industri jadi dia jenis yang mudah terpengaruh dengan cerita yang disampaikan. Disebabkan itu saya perlu menjelaskannya satu persatu sehingga dia faham. Apa yang paling penting saya meminta agar dia tak mudah percaya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, aktres yang kini aktif berbasikal ini baru sahaja memulakan bisnes restoran, Meat Cartel yang terletak di Shah Alam dan Senawang.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 25 Mac 2015 dan memiliki 2 cahaya mata.

 

Sumber: https://dohomereview.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button