Hiburan

Dikatakan Sakit Sampai Nampak Lain, Ini Keadaan Terkini Pelakon Sherry Ibrahim Buat Ramai Tak Sangka

KUALA LUMPUR: Sebelum ini tular mengenai fizikal pelakon Sherry Ibrahim yang kelihatan susut sehingga ada yang mendakwa dirinya sakit, namun, dinafikan.

Terbaharu, Sherry sekali lagi tampil menjelaskan perkara sebenar mengenai dakwaan dengan menyatakannya hanya mengalami kurang selera makan.

“Mulanya saya jaga pemakanan dan aktif beriadah. Dah bertahun-tahun saya amalkan, tetapi sekarang ramai yang ambil berat dan anggap saya tak sihat.

“Saya tak pernah dimasukkan ke hospital, jarang demam. Mungkin sekarang saya tiada selera makan. Saya kena paksa semuanya,” katanya menerusi ditemubual bersama program hiburan popular TV3, Melodi.

Ditanya adakah penyusutan berat badan berpunca angkara perbuatan jahat manusia, Sherry akui, dia sudah berikhtiar dan reda dengan apa yang terjadi terhadapnya.

“Saya tiada musuh dengan sesiapa. Saya yakin ada hubungan yang baik dengan semua orang. Namun, hidup ini kita tak tahu apa yang orang rasa terhadap diri kita.

“Alhamdulillah, saya sudah ikhtiar apa yang patut. Banyak benda saya sudah berusaha, insya-Allah apapun saya kena berserah.

“Ini semua keizinan Allah. Bila saya dapat maklum balas mengenainya, saya sedar kena ikhtiar cara lain,” kongsi Sherry.

Lebih mengejutkan, Sherry berkongsi terdapat gangguan aneh terjadi sehingga enggan berhubung dengan orang.

“Saya tak pernah ada musuh, reputasi dalam industri pun tiada masalah dengan orang. Saya pun tak mahu memperbesarkan hal ini.

“Ada (gangguan aneh) di hujung-hujung. Banyak jawapan yang Allah beri. Saya memang berserah, perkara begini tak boleh main-main, Allah lebih berkuasa.

“Keluarga ada bersama saya ketika itu. Saya juga tak sedar.

“Saya bersyukur sangat ada orang yang sentiasa bersama saya. Allah nak tunjuk kepada saya ada orang nak bantu saya.

“Saya banyak elakkan diri daripada orang. Saya tak mahu jumpa orang,” dedah Sherry lagi.

Namun di sebalik kisah mistik itu, Sherry menjelaskan, dirinya kini dalam keadaan baik dan berharap tidak diganggu dan berhak mendapat kebahagiaan.

“Alhamdulillah, Allah mendengar doa saya. Setiap yang terjadi adalah satu perkara Allah nak saya buka mata. Ia buat saya lebih penyabar.

“Saya sudah okay, saya harap saya tak diganggu lagi. Saya tak pernah mendoakan benda tak baik dan suka tengok orang bahagia. Saya juga tak minta empati dan simpati.

“Saya hormat setiap orang yang mengenali saya,” katanya.

Dalam pada itu, Sherry memberi pesanan agar sentiasa berbuat kebaikan dan melepaskan apa yang bukan milik kita.

“Kita hanya manusia, Allah sahaja yang maha berkuasa. Orang terkena gangguan, mungkin rasa was-was, ikhtiar sahaja.

“Berjaga-jaga, bila makan kita kena baca Bismillah, jangan gaduh dengan orang. Apa yang bukan milik kita, kena lepaskan sebab saya bukan milik sesiapa serta masih ada bapa.

“Walaupun saya tak berkahwin, tiada sesiapa boleh miliki saya, saya tak tujukan ini kepada sesiapa. Kita kena sentiasa beringat pada Allah SWT,” harapnya. – XTRA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button