Hiburan

“Dia keluar tangan dulu bukan muka” – Aliff Syukri timang anak keenam, Shahida bert4rung ny4wa 15 jam dalam dewan

USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida selamat melahirkan bayi lelaki di pusat perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur sekitar pukul 3 petang pada Isnin.

Aliff, 36, berkata, Shahida hampir menjalani pembedahan akibat bert4rung dengan komplikasi bayi yang mengeluarkan tangan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, selepas 15 jam bert4rung, Shahida selamat melahirkan cahaya mata keenam mereka secara normal.

Keluarga Aliff bertambah lagi seorang ahli baharu.

“Sejak pukul 5 pagi isteri saya berada dalam bilik bersalin dan sekitar pukul 3 petang tadi baharu bayi kami selamat dilahirkan.

“Pada mulanya doktor mahu melakukan pembedahan kerana bayi mengeluarkan tangan terlebih dahulu dan bukannya muka.

“Namun, saya bersyukur sangat semuanya dipermudahkan dan isteri saya dapat bersalin secara normal,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia sebenarnya mahu mempunyai anak yang ramai, namun disebabkan isterinya sudah tidak mahu menambah zuriat, dia akur dan menghormati keputusan itu.

Kata Aliff, dia menghargai pengorbanan Shahida, lebih-lebih lagi pengalaman mengandung kali ini adalah yang paling sukar buat isterinya itu.

Pada mulanya doktor mahu melakukan pembedahan kerana bayi mengeluarkan tangan terlebih dahulu dan bukannya muka.

ALIFF SYUKRI

USAHAWAN KOSMETIK

“Saya suka suasana anak yang ramai. Kalau ikutkan saya mahu 12 orang anak tetapi isteri saya nak tutup ‘kilang’ sebab dia pun dah tak larat.

“Anak kali ini dugaan yang saya nampak adalah pada isteri saya kerana mungkin faktor usia. Dia banyak sangat alahan.

“Saya berterima kasih kepada isteri dan doakan agar kesihatan isteri dan anak saya baik-baik saja,” ujarnya.

Sementara itu, Shahida menerusi Instastory memaklumkan ini merupakan pengalaman pertama melahirkan anak dengan kondisi seperti itu.

Shahida menceritakan situasi anaknya yang lahir dengan mengeluarkan tangan terlebih dahulu.

“Masya Allah budak kecil ni keluar tangan dulu nak minta duit raya. Itu yang lama sangat nak suruh masukkan tangan tapi tak masuk-masuk.

Shahida berkongsi pengalaman melahirkan bayi keenam.

“Akhirnya, keluar juga tangan dulu baharu muka. Pertama kali juga saya ada pengalaman macam ni. Memang sakit sikit dari sebelum ini. Apa pun syukur selamat semuanya,” katanya.

Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007.

Pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button