Hiburan

Disoal Kekerapan Yang Dibenarkan Bertemu Anak, Jawapan Jejai Boleh Buat Ramai Terharu!

ANAK-ANAK adalah kurniaan dan anugerah Allah SWT yang amat bermakna dalam sesebuah keluarga. Kelahirannya adalah suatu amanah yang akan dipertanggungjawabkan bagi semua yang bergelar ibu dan bapa.

Justeru, dalam masyarakat bukan hanya wujud istilah anak derhaka yang tidak patuh dan taat kepada kedua-dua orang tuanya bahkan wujud juga situasi ibu bapa yang gagal melaksanakan tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak dengan sempurna menurut panduan syariat.

 

Bekas suami kepada pelakon Nora Danish dan Fasha Sandha iaitu Jejai memberikan peluang kepada pengikut dan peminatnya untuk mengajukan sebarang soalan yang mahu ditanya di laman Instagram.

Berapa Kerap Jumpa Anak-Anak Dalam Seminggu?

Antara persoalan yang diberikan oleh mereka adalah kekerapan yang dibenarkan untuk dia bertemu dengan anak-anaknya dalam masa seminggu.

“Once a week berapa kali jumpa anak-anak?”-Soal Peminat di Instagram

Menurut Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashraf Ramli ,dia boleh bertemu dengan anak-anaknya pada bila-bila masa sahaja yang diinginkannya.

“Saya boleh berjumpa dengan anak-anak saya anytime.”-Jawab Jejai

Masih Berhubung Secara Baik Dengan Nora & Fasha

Tambah Jejai, dia mempunyai hubungan yang baik dengan Nora dan Fasha, selain turut menitipkan ucapan terima kasih buat ibu kepada anak-anaknya itu.

“Mak kepada anak-anak saya mempunyai good relationship dengan saya.

Terima kasih kepada mereka berdua @noradanish @fashasandha”- kongsinya

Suatu ketika dahulu, umum mengetahui bahawa ketiga-tiga figura ini pernah terpalit dengan isu yang menghangatkan industri seni tanah air. Namun, kesemua mereka telah pun  berbaik memandangkan anak-anak mempunyai tali persaudaraan yang sama.

Untuk rekod  Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli  ataupun lebih dikenali sebagai Jejai pada 2006 sebelum berpisah pada 2008. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal Ramli.

Selepas itu, Fasha bernikah dengan Jejai pada 2012 dan berpisah empat tahun kemudian. Mereka dikurniakan dua orang anak, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Sumber: murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button