Hiburan

Diam2, Rupanya, Aflin Shauki dah kawin lagi,Ini Biodata istri baru

Pelakon dan pelawak popular, Datuk Afdlin Shauki mengaku sudah berkahwin dengan wanita pilihannya, tahun ini. Afdlin dalam temubual secara eksklusif berkata, wanita pilihannya itu berasal dari Johor dan kini bekerja dengannya.

“Alhamdulillah, saya sudah menamatkan zaman duda dan beraya bersama keluarga baru dan lama, tahun ini,” katanya yang enggan mendedahkan nama isterinya itu. Afdlin berkata, sebenarnya dia enggan memperbesarkan perkara itu kerana tidak mahu itu dijadikan ‘highlight’.

“Apa yang boleh saya kongsi, saya sudah menamatkan zaman duda. Hubungan isteri dan bekas isteri serta anak-anak juga baik. Isteri saya pernah bekerja dengan saya dan masih bekerja dengan saya. “Itu saja yang dapat saya kongsi kerana enggan memperbesarkan perkara ini. Cukuplah saya kongsikan berita gembira ini.

“Jika diikutkan, saya sendiri jarang berkongsi mengenai bekas isteri sebelum ini. Jadi biarlah privasi itu disimpan buat saya saja,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, bekas isteri Afdlin iaitu Maria Christina Orow Abdullah berkongsi rumah tangga yang dibina selama 25 tahun ‘runtuh’ dan bercerai pada April tahun lalu. Difahamkan, hubungan mereka mula bermasalah sejak tempoh pandemk sebelum masing-masing membuat keputusan untuk bercerai.

Biarpun sudah bercerai, pasangan itu berjanji tetap menyokong antara satu sama lain sebagai seorang sahabat demi anak-anak. Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Sumber : BeritaHarian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button