Hiburan

“Dia pun tahu yang saya sertai The Gadys tetapi…” – 2 anggota The Gadys undur diri, anak saudara Stacy jadi pengganti

MESKIPUN baharu ingin menempa nama dalam bidang muzik, kumpulan The Gadys memaklumkan dua ahlinya iaitu Nelissa Nizam dan Faa Zaini memilih untuk mengundurkan diri.

Bagaimanapun kekosongan itu diganti oleh seorang anggota baharu iaitu Thamiera Chan atau Titu yang juga merupakan anak saudara kepada penyanyi Stacy.

Thamiera memberitahu minta mendalam dalam dunia nyanyian membuatkan dia mengambil keputusan menyertai The Gadys dan ibu saudaranya itu antara individu terawal memberi tunjuk ajar kepadanya.

The Gadys tampil dengan single terbaharu berjudul Gagal Cinta.

“Saya memang rapat dengan dia (Stacy). Saya dahulu pun pernah menyanyi bersama-samanya sejak usia lima tahun lagi. Saya memang banyak belajar dengan Stacy.

“Dia pun tahu yang saya sertai The Gadys tetapi kami tidak sempat berbual panjang,” katanya kepada mStar pada Rabu.

Thamiera berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media pelancaran lagu baharu kumpulan The Gadys yang bertajuk Gagal Cinta.

Selain Thamiera, The Gadys turut dianggotai oleh Aznie Azmi dan Ayunie Rizal.

Bagaimanapun, Thamiera memaklumkan hubungannya bersama Stacy itu bukan satu tiket untuk menjadikan dirinya lebih mudah untuk memasuki dalam bidang industri.

Saya memang nak jadi penyanyi sejak kecil… Saya tidak tumpang populariti Stacy.

THAMIERA

AHLI KUMPULAN THE GADYS

Sebaliknya dia memang meminati bidang nyanyian sejak kecil dan tidak mahu menumpang populariti ibu saudaranya.

Bercerita mengenai dua individu yang keluar daripada kumpulan itu, Aznie pula berkata ia keputusan dilakukan secara suka rela.

Mengakui hubungan masih rapat dan tiada konflik yang berlaku, Aznie menambah dia dan Ayunie menghormati keputusan dibuat dengan lapang dada.

The Gadys yakin dapat diterima baik pendengar menerusi lagu Gagal Cinta.

“Kami menghormati sebab ini keputusan mereka dan mereka juga menghormati kami untuk meneruskan kumpulan ini.

“Hubungan kami masih baik-baik sahaja. Mereka keluar secara baik,” ujarnya.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan kumpulan tersebut berpecah apabila ahlinya Faa dan Nelissa tidak lagi bersama kumpulan itu.

Thamiera tidak mahu menumpang populariti ibu saudaranya, Stacy.

Bagaimanapun, Nelissa menjelaskan dia tidak lagi menyertai kumpulan itu kerana mahu memberi sepenuh tumpuan kepada bidang lakonan.

Dalam perkembangan lain, The Gadys kini kembali dengan single terbaharu buat peminat yang bertajuk Gagal Cinta setelah hampir dua tahun mendiamkan diri.

Dengan melodinya yang rancak dan catchy, diyakini lagu tersebut dapat disampaikan dengan baik kepada pendengar.

Lagu itu menceritakan berkenaan seseorang yang sebelum ini pernah gagal untuk meneruskan hubungan cintanya bersama kekasih.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button