Hiburan

Sebalik Babak Sweet Dengan Syaikhul, Ramai Sayu Lihat Puteri Sarah Tengah Sebak

Video dimuat naik oleh Puteri  Sarah di Instagram baru-baru ini meraih perhatian ramai netizen apabila ia menampilkan dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah bersama.

Menerusi klip tersebut, tiga beranak itu mempromosikan kambing perap di mana mereka melakonkan babak masak dan makan bersama-sama.

Gelagat Syaikhul mencium tangan Puteri Sarah mengundang rasa sebak dan netizen bersimpati dengannya serta Sumayyah disebabkan kemelut antara kedua ibu bapa mereka.

Salah seorang kru penggambaran video pendek itu turut memuat naik rakaman di sebalik tabir menerusi TikTok di mana dia menunjukkan tingkah laku Syaikhul.

Meskipun baru berusia 5 tahun namun dia memberi kerjasama yang sangat baik dan disifatkan matang kerana pandai mencuit hati orang di sekeliling.

Bukan itu sahaja yang menjadi perhatian warganet tetapi juga Puteri Sarah yang dilihat seperti sedang lap hidung dan air mata sambil melihat telefon.

Reaksinya hanya dapat dilihat sedikit kerana terlindung dengan kamera namun ramai netizen beranggapan Puteri Sarah tidak dapat tahan daripada mengalirkan air mata.

Tak cukup dengan itu, cara duduk Syaikhul Islam dalam salah satu klip belakang tadbir ini juga persis gaya seorang pengarah. Walau bagaimanapun, reaksi ibunya yang kebetulan berada di sebelah lebih mencuri perhatian. Hal ini kerana, Puteri Sarah dilihat sedang mengalirkan air mata sambil lihat telefon pintarnya.

Video:

@myadahari

Replying to @Norehan Yusoff358 dah macam Tuan Director hehehe

Buah Hati – Armada

Rata-rata warganet yang menonton klip di atas ini menegur dan bertanya jika benar Sarah sedang menangis dan menahan sebak di dada ketika itu.

Ramai yang turut memberikan kata-kata sokongan serta semangat buatnya selain mendoakan agar dia kuat menghadapi ujian ini.

Sumber: Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button