Hiburan

Salam sebab terpaksa… Sharifah Rose jawab isu bersalaman dgn pelakon Thailand

NAMA Sharifah Rose menjadi sebutan netizen gara-gara tidak senang melihat aktres berkenaan bersalaman dengan artis daripada Thailand iaitu Bright Vachirawit di sebuah acara produk penjagaan kulit baru-baru ini.

Ini kerana netizen berpendapat tindakan pelakon berusia 25 tahun itu tidak bersesuaian dengan penampilanya yang bertudung sekali gus berharap agar Rose menjaga batas.

Susulan itu, Rose, tampil menjelaskan tindakannya bersalaman dengan artis berkenaan kerana tidak mahu bersikap biadap memandangkan telah menerima huluran tangan terlebih dahulu.

Sharifah Rose dikec4m gara-gara bersalaman dengan artis Thailand.

Rose berkata dia awalnya hanya melambai sahaja namun artis berkenaan menghulur tangan dan dia terpaksa menyambut sebagai tanda hormat.

“Masa itu saya hanya lambai saja tapi dia yang hulur tangan untuk salam. Saya rasa agak biadab jika tidak menyambut salamnya kerana dia mungkin tak tahu budaya kita kan.

“Jadi saya sambut tangan dia sebagai menghormati. Saya pun tidaklah berlebih-lebih. Saya sambut tangan dia pun sebab dia hulur,” katanya.

Rose berkongsi perkara itu ketika ditemui di Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkata itu, Rose memeberitahu sudah terbiasa apabila tindak tanduknya sering menjadi perhatian netizen.

“Saya rasa biasalah netizen semua benda nak pertikaikan. Asalkan bagi saya benda itu tidak berlebihan, hanay salam sebab menghormati saja,” katanya lagi.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button