Viral

“Di luar kotak betul” – Pensyarah sempoi jadi individu ‘terpaling ikut tema’ majlis makan malam. Berbaloi balik modal!

PENAMPILAN dan fesyen glamor pastinya menjadi pilihan untuk acara karpet merah.

Sama ada mengenakan busana mewah mahupun berjenama, rekaan pereka fesyen atau menyewa kostum demi menepati tema, setiap tetamu majlis sudah pasti tidak mahu kalah dalam bergaya.

Apakah dalam fikiran anda untuk majlis bertemakan karpet merah?

Bagi pemuda ini, penampilannya mungkin dianggap biasa-biasa tetapi netizen menyifatkannya sebagai berfikir di luar kotak dan kreatif!

Gayanya ternyata sangat menepati tema apabila dia menyarung sekeping karpet merah.

Begitulah idea yang terlintas dalam fikiran pensyarah Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw) di Sejingkat, Kuching, Ahmad Farid Yang Abd. Talib yang menghadiri majlis makan malam anjuran Kelab Rekreasi KMSw di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching, pada Sabtu lalu.

Farid (belakang, dua, kiri) bersama rakan-rakan di majlis ‘KMSw Red Carpet Dinner 2023’.

Pemuda berusia 35 tahun itu pada mulanya mengakui kusut memikirkan apakah busana yang paling sesuai dipakai untuk mengikut tema yang ditetapkan bagi majlis ‘KMSw Red Carpet Dinner 2023’.

“Kalau tema red carpet atau karpet merah, orang mesti nak glamor atau sewa mahal-mahal saja. Saya fikir beli saja karpet merah saiz sederhana berharga RM20.

Kalau tema red carpet atau karpet merah, orang mesti nak glamor atau sewa mahal-mahal saja.

AHMAD FARID YANG ABD TALIB

“Nak beli karpet bersaiz lebih besar harganya RM60, mahal pula. Keadaan ekonomi sekarang tak berapa baik.

“Jadi, karpet harga RM20 ni saya potong di bahagian tengah dan sarungkannya, dengan saya berpakaian sukan di bahagian dalam,” katanya kepada mStar.

Farid berpengalaman sebagai pensyarah selama 10 tahun.

Senang disapa Farid, dia tidak menyangka terpilih sebagai pemenang bagi hadiah pakaian tercantik pada malam itu, dengan menerima hadiah berupa baucar beli belah bernilai RM50.

“Syukur Alhamdulillah, tak sangka menang sebab semuanya hebat bergaya. Saya dapat hadiah baucar shopping RM50, kiranya balik modal dan ada baki RM30,” ujar pensyarah Kimia dari Jabatan Sains ini.

Farid terpilih sebagai pemenang pakaian terbaik.

Berpengalaman sebagai pensyarah selama sedekad, Farid turut mendapat tempat ketiga dalam pertandingan menyanyi pada majlis tersebut.

“Semua orang nyanyi lagu sedih-sedih, tapi saya pilih untuk menyanyi lagu yang lebih ceria iaitu lagu tema cerita Gaban yang merupakan watak superhero,” katanya yang mengikuti pelbagai jenis kartun Jepun seperti Kamen Rider, Power Rangers, Gaban dan Ultraman.

Susulan tular video yang memaparkan dirinya berpakaian ‘karpet merah’, pemuda yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak ini tidak kisah dirinya dilabel sebagai ‘Mr Karpet Merah’.

“Ia mungkin sekadar nama, tapi saya okay je. Kalau dulu student panggil saya dengan panggilan Sir, dan akan datang bertukar Mr Red Carpet… saya tetap sempoi, tak ada strict.

“Sebab viral juga, saya tak jadi nak potong karpet merah kepada dua bahagian. Ingatkan nak buat alas kaki, tapi saya simpan dulu buat masa ni,” kata anak sulung daripada lima beradik itu.

Gaya karpet merah yang dipilih turut menjadi perhatian rakan-rakan.

Menerusi ruangan komen di akaun TikTok @4zjee, rata-rata netizen terhibur dengan penampilan si jejaka ‘karpet merah’ ini.

“Di luar kotak betul.

“Terpaling ikut tema.

“Betul-betul red carpet dia pakai,” demikian antara komen netizen.

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button