Viral

(VIDE0) Anak dah lama tiada, isteri tabah tgok suami masih tercari2 dlm bilik.

PEMERGIAN seorang anak masih lagi dirasai ahli keluarga meskipun sudah beberapa tahun arwah menghadap Ilahi.

Bagaimanapun, si bapa tidak menunjukkan sebarang emosi dan hanya kelihatan tercengang ketika duduk menghadap pus4ra anaknya.

“Daddy datang melawat kubvr anak kecilnya, tapi dia lupa anaknya dah tak ada,” menurut keterangan video yang menunjukkan lelaki berkenaan sedang membersihkan pus4ra anaknya.

Berkongsi cerita kepada mStar, isterinya, Zainab Zainun berkata, video tersebut dirakamkan ketika menziarahi pus4ra anak mereka, Allahyarham Adib Afdhal Zulhayani di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Wanita berusia 44 tahun itu memberitahu, anaknya men1nggl dunla pada 30 Januari 2019 ketika usianya 11 tahun kerana kegagalan organ dalaman.

“Sudah lebih tiga tahun dia men1nggl. Sebenarnya kami dah boleh move on cuma suami jadi macam tu sebab dia tak ingat… sebab itulah dia asyik cari dan panggil anak-anaknya.

“Suami mengalami masalah ingatan selepas k0ma akibat kompllkasi pembedahan,” katanya kepada mStar.

Walau sering merakamkan aksi dan gelagat suaminya, namun kata Zainab, ia bukan dibuat sekadar suka-suka untuk perkongsian di laman sosial.

“Saya kongsi untuk suami tengok balik selepas dia sihat dan ingat nanti. Perjalanan dia dari saklt hingga sihat,” ujarnya yang berasal dari Kampung Ulu Bendul di Kuala Pilah.

Zainab (kanan) bersama arwh anak.

Menurut Zainab, suaminya yang berusia 46 tahun itu kembali saklt pada Mei lalu dan tidak bekerja kerana hilang ingatan.

“Ada tiga yang major effected selepas kes ini. Jadi, memang tak boleh tinggalkan suami seorang diri, kena guide dia macam budak-budak.

“Ibu bapa saya akan jaga suami semasa saya keluar bekerja. Setakat ini, fizikal dia semakin stabil cuma ingatan ambil masa untuk pulih

“Sekarang saya seorang yang bekerja, memang agak perlt juga dengan semua komitmen dan tanggungan anak-anak,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Kenangan… Zainab (dua, kanan) bersama suami dan anak-anak.

 

Zainab yang mencari rezeki dalam bidang khidmat pelanggan berkata, suaminya sering memaklumkan tidak mengetahui mengenai anak bongsu mereka sudah menlnggl dunla.

“Suami kata tiada siapa yang beritahu dia. Tapi setiap malam sebelum tidur, suami akan sedekah Al-Fatihah kepada arwh.

Kita kena banyak sabar dan berdoa. Hanya padaNya kita berserah dan berharap.


ZAINAB

“Itu adalah rutin dia sejak arwh tiada. Kadang-kadang dia ingat, kadang-kadang dia lupa sebab apabila kami berdua, saya tanya sama ada dia tahu ke Adib dah tak ada, dia kata tahu.

“Tapi apabila sampai waktu dia tak ingat, dia akan cari dan panggil. Dia akan buka semua bilik dan cari selepas tu menangis,” katanya dengan nada seb4k, sambil menambah suaminya sebelum ini melakukan pelbagai kerja serta berniaga.

Reda dengan ketentuan Ilahi, Zainab menyifatkan apa jua yang berlaku tanpa mengira susah atau senang terutama ketika saklt, dia seharusnya sentiasa bersama suami dan keluarga.

“Kita kena banyak sabar dan berdoa kerana tiada siapa boleh dengar setiap luahan dan berikan setiap permintaan kita. Hanya padaNya kita berserah dan berharap.

“Sentiasa bersangka baik kerana Tuhan itu sebaik-baik perancang. Saya berharap semoga ingatan suami kembali seperti sediakala dan kami boleh melalui kehidupan normal,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button