Viral

“Datang nak tengok baby orang, rupa-rupanya…” – Tengah leka tatap wajah baby kawan, tiba-tiba isteri hulur kit ujian kehamilan…

SUAMI mana yang tidak gembira apabila mengetahui si isteri sedang berbadan dua selepas sekian lama menunggu?

Begitulah juga dengan lelaki ini yang reaksi wajahnya bercampur antara gembira, terkejut dan sebak saat melihat dua garisan pada alat penguji kehamilan (pregnancy test kit) yang dihulurkan isteri.

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial, kedengaran suaranya berkali-kali menanyakan kepastian kerana seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

 

“Datang tengok baby orang, sekali dia yang bakal dapat baby,” demikian antara kapsyen yang ditulis pada video berkenaan.

Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Neddy Yazid, dia sengaja merancang untuk melakukan kejutan kepada suaminya, Muhammad Hanif, 28, ketika mereka menziarahi salah seorang rakan yang baru menyambut kelahiran bayi.

“Saya sebenarnya plan nak buat kejutan untuk suami serentak dengan rakan-rakan terdekat ketika ziarah salah seorang kawan kami yang baru menimang bayi.

“Sedang dia asyik renung baby, saya terus hulurkan alat penguji kehamilan padanya. Memang suami terkejut… rakan-rakan pun sama sebab mereka tahu apa yang saya lalui sebelum ini.

Rakan-rakan Neddy turut terkejvt dan teruja dengan berita kehamilan keduanya.

“Sebenarnya sebelum itu saya seakan dapat rasa yang saya hamil. Dua kali buat ujian, kabur. Kali ketiga, baru jelas dan saya buat kali keempat untuk kepastian, juga jelas. Saya simpan dulu sebab nak buat surprise.

“Betapa gembira suami selepas dapat tahu saya hamil, dia sampai pegang alat penguji kehamilan tu tak lepas-lepas,” ujar wanita berusia 30 tahun ini.

Senang disapa sebagai Neddy, wanita ini berkata sebenarnya ini adalah kehamilan kedua selepas anak sulungnya berusia hampir lima tahun.

“Sebenarnya saya alami pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika bersalin anak sulung, yang membuatkan saya sedikit tr4uma dan tangguh hasrat menambah anak.

Neddy dan suami saat teruja bakal menimang cahaya mata sulung beberapa tahun lalu.

“Bayangkan, orang lain selepas seminggu bersalin dah boleh jalan. Saya pula hari ke-30 masih ke hospital kerana luka belum pulih. Benang di tempat jahitan tak tertanggal sehingga ia jadi infection.

“Sakit bersalin belum hilang, ditambah pula kena infection, ada anak kecil lagi… mujur ibu saya banyak membantu. Hari ke-38 jangkitan dah baik sepenuhnya.

“Namun untuk betul-betul pulih fizikal dan emosi, ambil masa setahun juga. Selepas itu banyak kali juga suami bagi hint nak tambah anak, anak kami pun nak ‘kawan’, tapi saya belum bersedia ketika itu sebab masih trauma,” ujarnya yang mengusahakan spa di Kuantan, Pahang.

Saya alami pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika bersalin anak sulung, yang membuatkan saya sedikit tr4uma dan tangguh hasrat menambah anak.

NEDDY YAZID

Bagaimanapun, menurut Neddy, pertemuan dengan salah seorang wanita yang juga pelanggan di spa miliknya, membuatkan dia berfikir panjang dan mengubah fikiran.

“Antara kata-kata yang saya ingat, sampai bila kita nak tahan rezeki Allah? Umur kian meningkat, bimbang masalah lain pula. Apabila fikir apa yang dikatakannya itu, ada kebenarannya.

“Tambahan pula memikirkan hajat suami nak tambah anak. Jadi bila dah bersedia, saya ambil asid folik dan Alhamdulillah, selepas hampir lima tahun, Allah kurniakan kami anugerah ini.

“Mungkin ini masa yang tepat Allah hadirkan ahli keluarga baharu untuk kami,” ujar Neddy sambil menambah, buat masa ini dia hanya mengalami alahan ringan.

Neddy dan suami bersama cahaya mata sulung mereka yang hampir berusia lima tahun.

Sekadar mahu berkongsi momen berharga di laman sosial, Neddy berkata dia terharu apabila mendapat komen netizen yang menitipkan doa buatnya dan keluarga kecilnya.

“Saya baca komen, ramai yang sedang menunggu cahaya mata. Ada yang lebih dari empat tahun. Saya minta maaf jika perkongsian ini buat mereka sensitif.

“Namun saya mendoakan pasangan yang TTC (tring to conceive) agar dikurniakan anugerah yang ditunggu-tunggu tak lama lagi,” akhirinya.

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button