Hiburan

“Dah buang kena halau lagi” – Individu datang tengok rumah, Syada Amzah tak pernah rancang jual kediaman

BELUM reda kisah rumah tangga ibu bapanya, penyanyi Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya.

Syada atau Nursyuhada Amir Amzah, 25, berkata, seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut.

Kehadiran individu tersebut turut mencetuskan tanda tanya disebabkan mereka tidak pernah meletakkan sebarang notis untuk menjual rumah tersebut.

Luahan Syada di Intsastory miliknya.

“Hari ini tiba-tiba orang tak dikenali datang depan rumah, nak tengok dalam rumah.

“Padahal tak ada letak apa-apa papan tanda nak jual pun. Notis pun tak ada,” katanya.

Adik kepada Shila Amzah ini berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.

Bagaimanapun Syada tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai siapa individu tersebut.

Kesal dengan perkara itu, dia juga menyifatkan dirinya sebagai haiwan jalanan yang dihalau ketika menumpang.

“Gila lah, rasa macam kita ini haiwan sesat. Dah kena buang, kena halau lagi. Genius betul-betul respect,” luahnya.

Dalam perkongsian lain pula, Syada memaklumkan dia sedang mencari rumah sewa untuk tinggal bersama keluarganya.

“Mana nak cari rumah sewa? Saya, Caca, abang, mak dan anak bulus perlukan tempat untuk tinggal tak lama lagi,” ujarnya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button