Viral

[Vide0] “Duda kali kedua” – Pengantin ‘lari’, majlis kahwln bertukar doa selamat! Duda kacak reda ditinggal kali kedua.

 

“DUDA kali kedua.”

Kapsyen ringkas itu berserta ungkapan ‘pelamin anganku musnah’ yang dicoretkan bersama video berdurasi 28 saat membuatkan seorang lelaki dari Kuching, Sarawak ini trending di media sosial sejak dua hari lalu.

.

Mana tidaknya, warganet berasa hairan kerana wajah lelaki berkenaan kacak persis pelakon popular Asyraf Muslim, tetapi telah bergelar duda pada usia muda.

Lebih teruk lagi, pasangan yang bakal dinikahi pada 18 Disember lalu juga ‘melarikan diri’.

“Ya Allah handsome macam ni pun kena tinggal. Semoga dipermudahkan segala urusan, Amin.

Handsome macam ni pun kena tinggal… mesti ada sebab.

Handsome macam ni pun ada juga orang tak nak. Mungkin ada kesalahan diri sendiri… kadang, sebab tu semua berlaku,” komen beberapa netizen.

Pelamin untuk majlis akad nikah juga sudah siap dipasang di rumahnya di Kuching Sarawak

Paling menyedihkan apabila segala keperluan untuk majlis pernikahan dan resepsi telah tersergam indah, namun hasrat untuk membina rumah tangga untuk kali kedua tidak kesampaian.

Bercerita kepada mStar, pemuda berusia 28 tahun yang ingin dikenali sebagai Nidzam itu berkata, susulan kejadian itu dia terpaksa mengubah majlis perkahwinan kepada kenduri doa selamat.

Bagaimanapun katanya, dia menerima suratan takdir jodohnya yang tidak kesampaian ini dengan hati terbuka.

Dia mendakwa, segalanya berpunca daripada sikap pasangan yang tidak dapat menerima anak tunggal hasil perkongsian hidupnya dalam perkahwinan pertama tiga tahun lalu.

“Kami tidak bernikah kerana dia sudah memaklumkan lebih awal untuk menarik diri… cuma katering yang ditempah tidak dapat dibatalkan.

Sabar ya dik… mungkin Allah SWT dah janjikan sesuatu yang teristimewa buat adik.

NETIZEN

“Kos majlis lebih kurang dalam RM20,000 kerana majlis kampung, jadi hari bahagia bertukar majlis doa selamat,” ujar pemuda ini.

Pernah berdepan kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini, Nidzam mengakui dia masih tidak serik untuk mencari cinta sejati.

Bersama anak perempuan tunggalnya.

Malah pintu hatinya sentiasa terbuka untuk wanita yang sedia menerima dirinya dan anak perempuan tunggal.

Kisah dirinya yang dikongsikan menerusi video di laman TikTok menjadi tular dan ditonton lebih 1 juta pelayar selepas dimuatnaik dalam tempoh beberapa jam.

Bagaimanapun, dia telah memadam rakaman video berkenaan kerana terdapat gambar bekas tunangnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memintanya bersabar selain meninggalkan nasihat supaya reda dengan dugaan yang diberikan.

“Semua tu terjadi sebab Allah dah tentukan… sabar, tawakal dengan jalan yang Allah tentukkan. InsyaAllah one day Allah will find the best women for you.

“Allahuakhbar… sebenarnya ada kebahagiaan lain yang menanti awak insyaAllah.

Nidzam akur dengan ketentuan Allah

“Sabar ya dik… mungkin Allah SWT dah janjikan sesuatu yang teristimewa buat adik. Cuma sekarang ni adik harus sabar dan redha dengan dugaan diberikan.

“Tabah dan tawakal… jodoh, ajal dan maut itu ketentuan Allah. Kita semua hanya mampu bedoa dan berserah kepadanya (ALLAH).

“Sabar ya jangan sedih inshaAllah pasti akan ada yang terbaik bila sampai masanya nanti,” ujar beberapa netizen,” ujar beberapa netizen.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button