Hiburan

“Cantiknya Rumah Dia…”-Netizen Terpukau Lihat Rumah Marsha Milan Macam Mahligai!

Marsha Milan, antara bekas peserta program Akademi Fantasia yang suatu ketika dahulu tiada siapa yang meyakini dirinya mampu berjaya seperti kini. Walaupun mengambil sedikit masa untuk popular dan dikenali, Marsha antara penyanyi terbaik Malaysia pernah ada ketika ini.

Hasil kerja keras dia serta pengurusannya, Marsha berjaya menempa nama malah satu kejayaan demi satu kejayaan dirinya bersilih ganti. Marsha pun sememangnya diketahui seorang selebriti yang rajin berusaha mengukuhkan namanya di persada seni.

Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi bervokal mantap, Marsha Milan dan baru-baru ini  menjadi perhatian apabila tular sebuah rakaman video yang memaparkan kediaman yang dikunjungi oleh salah seorang tetamunya sempena majlis rumah terbuka yang diadakan pada Hari Raya yang lalu.

Menerusi perkongsian video  tersebut, apa yang membuatkan warganet teruja dan terpukau melihat cantik dan mewahnya rumah Marsha, sekali pandang seperti sebuah rumah agam yang tersergam indah.

Video yang berdurasi hampir 1 minit itu memaparkan suasana kediaman Marsha bermula daripada pintu masuk utama membawa kepada ruang tamu, ruang makan dan ruang dapur. Ternyata sentuhan dekorasi kediaman penyanyi Kembali Terang ini cukup indah dan sempurna.

Bahkan netizen juga turut terpesona melihat betapa cantiknya Marsha meskipun ketika itu mengenakan appron ketika di dapur bagi menyediakan hidangan buat tetamunya.

Pergh Rumah Nice Giler-Netizen 

Sumber: Keluarga, Nona

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button