Hiburan

“Gembiralah. Ini hari Jumaat” – Tak hanya minuman, siap belanja tumbler lebih RM3,000… Nabil Ahmad gembira dapat bersedekah

BAIK sungguh hati pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad yang tidak lokek mengeluarkan wang sendiri sebanyak RM3,000 untuk membeli minuman dan bekas tumbler di kafe Starbucks buat rakan-rakan sekerjanya di radio Era.

Dalam sebuah video yang dikongsi di Instagram, Nabil bersama beberapa rakan lain dilihat singgah ke kafe popular berkenaan ketika dalam perjalanan bersempena program Touera 2022 di Kedah Darul Aman.

Menerusi ruang komen video tersebut, ramai mendoakan agar Nabil terus dilimpahkan rezeki yang bermanfaat di masa akan datang.

“Semoga Nabil sentiasa dimurahkan rezeki selalu.

Nabil gembira dapat bersedekah pada hari Jumaat.

“Alhamdulillah Nabil bersedekah di hari Jumaat yang mulia ini. Semoga tempat anda tertinggi suatu hari nanti.

“Dia percaya pada rezeki Allah, Insya-Allah akan semakin bertambah,” komen netizen.

Menerusi video berkenaan, Nabil pada awalnya mahu membayar untuk minuman yang ditempah, namun rakan-rakan lain memintanya untuk belanja bekas minuman Starbucks yang ada di antaranya berharga lebih daripada RM100.

Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan oleh Nabil untuk rakan-rakan yang menyertai program jelajah itu sebanyak RM3560.

Menjawab pertanyaan rakan penyampai iaitu Radin, Nabil meluahkan rasa gembira kerana dapat mengambil keberkatan hari Jumaat untuk berkongsi rezeki.

“Gembiralah. Ini hari Jumaat, hari paling berkat, Inilah masanya,” katanya.

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button