Viral

Budak 11 tahun ‘bergelut’ bina kepuk untuk bapa! Angkut bata naik basikal, ibu cuma mampu beli 3kg simen – “Dia guna tanah, tapi tak lekat”

KEADAAN keluarga yang serba kekurangan menyebabkan Mohamad Adiffiras, 11, sanggup membuat kepuk kubur sendiri buat arwh bapanya, Mohd Isa Saad yang menlnggal dunla pada tahun lepas.

Ibunya, Siti Nurul Aini Khamis, 38, berkata, anak keduanya itu mahu membuat kepuk sendiri kerana tidak mahu kubur bapanya lesap dihanyutkan arus banjir atau hujan lebat.

“Saya ada tiga anak. Anak sulung saya, perempuan menlngg4l tiga hari selepas dilahirkan pada tahun 2010. Jen4zah dikebumikan di kampung mak saya di Johor, manakala kami sekeluarga menetap di Felda Kechau 1, Kuala Lipis, Pahang.

“Jadi, kami cuma balik ke Johor setahun sekali. Kubvr kakak Firas tak ada kepuk dan nisan. Dah banyak kali hilang selepas hanyut air. Kami nak buat, tapi jauh dan tak ada duit. Jadi selepas suami saya menlngg4l, Firas berkeras nak buat kepuk untuk kubvr bapanya.

“Dia tak mahu kubvr arwh bapanya hilang macam kubur arwh kakak. Firas minta dengan bapa saudaranya untuk beli kepuk dan batu nisan, tapi pakcik dia mampu beli nisan je. Kepuk tak mampu.

“Hari tu, tanah kubur arwh suami saya mendap sebab hujan lebat. Firas menangis, dia takut kubur tu hilang. Sebab itulah dia bersungguh nak buat kepuk sendiri,” ujarnya lagi.

Dia bawa batu-bata dari rumah dengan menggunakan basikal. Bila hujan turun, batu-bata tu tergolek.

SITI NURUL AINI KHAMIS

Pada Februari lalu, Firas memunggah batu-bata dari rumah mereka dan mengangkutnya menggunakan basikal untuk membina sendiri kepuk di kubur bapanya yang menlngg4l dunla akibat jangkltan kencing tikus.

Lebih sayu, Firas menggunakan tanah merah di sekitar kubur untuk menggantikan simen dalam pembinaan kepuk berkenaan.

“Dia minta izin dengan saya nak buat kepuk. Dia bawa batu-bata dari rumah dengan menggunakan basikal. Bila hujan turun, batu-bata tu tergolek. Dia menangis kutip letak balik.

“Saya minta dia bersabar kerana kami tak ada duit. Dia ambil tanah merah untuk bancuh, tapi tak lekat. Dalam hujan lebat dia menangis.

“Jadi saya pun beli simen dalam tiga kilogram (kg) secara dalam talian. Akhirnya kepuk tu pun dah selesai bina. Bila dah siap, dia peluk batu nisan.

“Dia kata ini je dia mampu bagi untuk arwh. Saya ingat dia main-main je masa dia lukis kat rumah, rupanya dia buat betul-betul,” ujar Siti lagi.

Mengenai dirinya, Siti berkata dia tidak bekerja dan mengharapkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pihak zakat untuk perbelanjaan dia dan anak-anak.

Foto kenangan bersama suami yang menlnggal pada Julai tahun lalu.

“Saya hanya suri rumah. Semua anak dilahirkan secara pembedahan, sebab tu arwh tak bagi saya kerja. Anak bongsu juga alami semput, sering keluar masuk hospital.

“Alhamdulillah, saya ada dapat bantuan zakat dan bantuan JKM,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, seorang penduduk di Felda itu, Akhmar Salehudin, 27, turut berkongsi video memaparkan Firas yang sedang berada di sisi pusara bapanya.

Video itu bukan sahaja meraih lebih sejuta tontonan, malah turut menerima pujian daripada pelayar TikTok yang kagum dengan kesungguhannya.

Video Firas di kubur arwh bapanya meraih lebih sejuta tontonan menerusi TikTok.

“Tak apa bengkok-bengkok, yang penting niat adik tu ikhlas. Anak yang baik.

“Terus jatuh air mata ni. Kuat kau dik.

“Kasih pada ayah. Semoga menjadi anak yang soleh,” ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut membuat teguran tentang hukum membuat binaan di atas kubur, namun berharap ia dapat disampaikan secara berhemah kepada kanak-kanak berkenaan.

“Harap jangan ada yang berkata kasar kat adik ni sebab dia bina begitu. Nak tegur biarlah denga kata-kata semangat dan nasihat agar dia ingat sampai bila-bila,” tulis seorang lagi individu.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, adalah makruh membina kubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur dan seumpamanya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button