Viral

(Video) “Brek sikit, confirm melekat di cermin” – Santai habis 4 beranak naik kereta ubah suai, tapi seatbelt’ tak ada!

DEMI mengikut trend, sesetengah pihak sanggup menggadai nyawa dengan mengubah suai kereta untuk kegunaan keluarga.

Memanglah seronok kenderaan kegunaan harian untuk bekerja dan berniaga misalnya dijadikan ruang istirahat bersama isteri dan anak-anak.

Namun, aspek keselamatan dan rislko bah4ya jangan pula dipandang ringan.

Satu video yang dikongsi di laman Twitter menunjukkan sebuah kenderaan diubah suai, yang mana tiada lagi tempat duduk penumpang hadapan dan kerusi di belakang.

Yang ada hanyalah platform seperti lantai yang dilapik dengan cadar atau karpet, membolehkan penumpang bebas untuk duduk bersila atau baring secara santai seperti di rumah.

Malah, video berdurasi 30 minit itu turut memaparkan di bahagian belakang kenderaan itu dipasang TV dan rak kecil, dan kelihatan dua kanak-kanak sedang baring menonton program.

Kanak-kanak baringdi bahagian belakang ketika kenderaan sedang bergerak.

Si isteri pula bersila di bahagian tempat duduk penumpang hadapan, dengan sebelah tangan berpaut pada pemegang pintu.

Hanya pemandu sahaja yang berada dalam posisi sebenar di dalam kereta, dilengkapi tempat duduk yang sempurna dan tali pinggang keledar.

Bagaimanapun, seorang pemuda mempersoalkan aspek keselamatan dan rislk0 bagi pemilik kenderaan seisi keluarga.

Hanya pemandu yang dilengkapi dengan tempat duduk sempurna dan tali pinggang keledar.

“Nampak cantik, selesa kan? Tapi kebarangkalian untuk matl pun naik mendadak kalau kem4langan.

“Jangan buat macam ni. Sayangi ahli keluarga anda,” tulisnya menerusi satu ciapan di Twitter.

Rata-rata netizen turut bersetuju mengenai modifikasi kenderaan tersebut yang mengundang bah4ya terutama ketika bergerak di jalan raya.

Malah, segelintirnya menyifatkan si pemandu hanya mementingkan diri sendiri, tanpa mempedulikan keselamatan orang lain.

“Dia lupa kelajuan kenderaan dengan momentum kot.

Bahaya setiap orang tak ada seatbelt. Nauzubillah kalau jadi apa-apa, berkecamuk tu.

NETIZEN

“Ni brek sikit je, confirm melekat kat cermin depan semua tu. Bahaya.

“Windscreen (cermin depan) pun dah retak.

“Eloklah tu, yang suami pakai seatbelt, lain-lain tak pakai. Bila kem4langan jadi apa-apa yang nak meraung dia juga nanti. Nauzubillah, jadilah ketua keluarga yang bijak.

Aspek keselamatan terhadap keluarga ini menjadi kebimbangan.

“Setuju. Begitu juga dengan orang yang naik kereta tapi pemandu dan penumpang sebelah je pakai seatbelt, yang belakang semua tak pakai.

“Keselamatan diketepikan, tak selesa pun dia ubah suai macam tu terutama bahagian penumpang. Kena bersila je, turun kereta terus cramp kaki tak boleh melunjur.

“Bahaya setiap orang tak ada seatbelt. Nauzubillah kalau jadi apa-apa, berkecamuk tu,” demikian antara komen netizen.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button