Viral

Ustazah Viral Dakwa Bersalam Dengan Artis Boleh Hilang Roh & Jiwa, Ini Reaksi Dato Hattan “Ingat artis bin4tang, n4jls ke?”

Nama Ustazah Siti Afifah terus menjadi perbualan orang ramai selepas isu dia menyelar suami yang membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki sebagai ‘dayus’.

Terbaharu, satu lagi isu timbul apabila ustazah yang sama mendakwa seseorang boleh kehilangan jiwa dan roh mereka jika bersalaman dengan golongan selebriti.

Terkesan dengan dakwan berkenaan, penyanyi Datuk Aishah tampil memberi pandangan dengan menyifatkan ustazah tersebut sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama tidak seharusnya berkata sedemikian.

“Ustazah jangan lah hina kami, ustazah adalah orang yang berilmu, lebih berhemah, dah dekat dengan Allah.

“Ustazah h1na golongan kami, patutnya selebriti ini awak bimbing bukan kata begitu. Kenapa kata apabila bersalaman dengan artis roh orang itu akan hilang?

“Ustazah dah hina sekolompok artis yang terpalit dengan apa yang ustazah cakap, sanggup ke nak cari kami di akhirat nanti?,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Janji Manis Mu itu turut mengatakan dakwah yang dilakukan ustazah berkenaan nampak ‘keras’ sehingga dikhuatiri memberi pandangn buruk kepada agama lain.

“Ustazah, dosa dengan Allah kita boleh minta maaf, tapi dosa dengan manusia perlu minta maaf pada orang itu.

“Jangan malukan orang Islam dengan golongan bukan Islam bila lihat dakwah kita nampak keras sebegini,” tambahnya.

Sementara itu, beberapa rakan selebirti dan netizen turut bersetuju dengan luahan hati Aishah.

 

Salam r0sak roh, ingat artis bin4tang, najis ke? – Hattan


Dalam pada itu Penghibur senior, Datuk Hattan menyelar tindakan seorang penceramah bebas yang sewenang-wenangnya menganggap tindakan bersalam dengan golongan artis sebagai tidak layak dlakukan kerana boleh menyebabkan si pelakunya hilang roh.

Hattan atau nama sebenarnya, Mohd. Shukri Shahabudin berkata, anak seni juga mempunyai agama dan hampir 90 peratus golongan artis di Malaysia sudah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi tujuan umrah mahupun mengerjakan ibadah haji.

“Bersalam dengan artis hilang roh, hina benar kami di mata anda kan. Main sedap mulut bercakap.

“Ingat artis ini standard dia macam mana? Ingat artis ni bin4tang ke? N4jis mughallazah ke?

“Kita ni jenis tak gemar menunjuk tapi 90 peratus artis di Malaysia semua dah sampai ke Tanah Suci, sama ada umrah atau buat haji,” getusnya menerusi satu perkongsian video dalam Instagram.

Dalam video berdurasi lebih dua minit tersebut, pelantun lagu Dari Kekasih Kepada Kekasih itu memaklumkan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah berhubung urusan dakwah individu terbabit namun janganlah membabi buta mengeluarkan kenyataan tanpa berfikiran matang.

“Nak tarbiah boleh, nak bagi nasihat boleh tapi gunalah bahasa yang betul. Kalau salam batal air wuduk bukan muhrim, itu kita faham.

“Tapi kalau cakap salam hilang roh macam hina benar golongan artis. Bercakap tu biar fikirlah.

“Ingat lebam di dahi guarantee (jamin) syurga ke?,” getus Hattan.

Anak seni berusia 57 itu turut menyentuh isu hanya suami ‘dayus’ membiarkan isteri mereka bersalin dengan bantuan doktor sebagaimana didakwa penceramah terbabit.

Terdahulu, tular dalam TikTok seorang pendakwah bebas wanita memberi komen tentang pelbagai perkara, termasuklah isu bersalaman dengan golongan artis yang disifatkan boleh merosakkan roh dan jiwa seseorang.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button