Hiburan

Bercuti bersama, Yazmin Aziz jawab tudvhan tinggal sebilik dengan kek4s1h di Langkawi

PENYANYI dan pelakon Yazmin Aziz menafikan dakwaan kononnya dia tidur sebilik dengan kekasihnya iaitu pemain bola sepak pasukan The Red Warrior, Nixon Guylherme ketika bercuti di Pulau Langkawi baru-baru ini.

Menjelaskan perkara itu, Yazmin atau Yazmin Aldwin Abdul Aziz, 21, berkata, percutian di pulau itu bukan hanya mereka berdua sebaliknya turut ditemani oleh ahli keluarganya.

Justeru kata Yazmin tidak timbul isu bersekedudukan atau tinggal sebilik dengan Nixon seperti didakwa segelintir pihak.

Yazmin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21.

“Bukankah begitu jelas kami tidak bercuti bersendirian? Ibu bapa dan adik-beradik turut bersama saya,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada Jumaat.

Sementara itu dalam nada sarkastik pada hantaran sama, Yazmin memberitahu orang ramai perlu mengetahui tentang perkara tersebut.

“Orang ramai perlu tahu tentang hal ini dan selamat hari jadi untuk saya,” tulis bekas peserta program realiti Big Stag musim keempat itu.

 

Isu berkenaan timbul selepas Yazmin memuat naik video di TikTok ketika bercuti di Pulau Langkawi bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-21.

Bagaimanapun, video itu telah menerima komen kej4m daripada netizen yang bertanya sama ada pasangan itu menginap di bilik berasingan memandangkan mereka dilihat berdua-duan di pulau peranginan berkenaan.

Sumber mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button