Hiburan

Beraya Di Kelantan, Nabila Razali Jadi Perhatian – “Comeynyo Mek Nab! Sempoi Bagi Duit Raya Tanpa Sampul”

Gelagat penyanyi Nabila Razali yang buat pertama kalinya pulang ke kampung suaminya, Nik Iruwan Nik Izani di Bachok, Kelantan untuk menyambut hari raya menjadi perhatian netizen.

Menerusi perkongsian sebuah video tular di TikTok, kelihatan Nabila tidak menang tangan melayan tetamu dan peminat yang hadir.

Duit raya tanpa sampul jadi perhatian

Selain keperibadian Nabila yang lemah lembut dan tidak kekok melayan tetamu, antara lain yang menjadi perhatian adalah duit raya yang diberi olehnya.

Difahamkan Nabila tidak sempat untuk meletakkan duit di dalam sampul raya kerana tetamu yang hadir terlalu ramai.

Bagaimanapun, Nabila tetap tersenyum sambil memberikan duit raya sebelum bersalam salaman.

Video:

@nur.sxbrinxx Nak balik mane? #fypシ#kelantan #raya #nabilarazali ♬ Raya Mana? – Nabila Razali

Malah menerusi ruangan komen juga, rata-rata netizen memuji cara Nabila melayan tetamu di rumah mentua walaupun ini merupakan kali pertama buat dirinya.

Antara komen yang diterima adalah:

“Mek Nab tak dea nak bubuh dalam sampul duit raya,”

“Pandai Bella ni bawa diri kelik kampung suami,”

“Bagi duit raya tak payah tunjuk tunjuk, sempoi. Seronok anak-anak dapat jumpa artis,”

Untuk info, Nabila dan ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 39, selamat bernikah pada 18 November tahun lalu di sebuah hotel di Pahang yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button