Hiburan

“Bayar juta-juta tapi anggap video picisan” – ‘Boss Susu’ terkilan dengan produksi All Stars Gegar Vaganza

PENAJA utama program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pihak produksi program berkenaan lebih peka mengenai iklan produk keluarannya ketika siaran langsung acara berkenaan.

Azmi atau lebih mesra dengan sapaan Boss Susu berkata, pembabitan mereka sebagai penaja bukan semata-mata meraih populariti sebaliknya ingin meningkatkan jualan produk.

Kata Azmi, biarpun iklan yang disiarkan hanya berdurasi seminit namun meminta pihak produksi bertanggungjawab dalam menjaga rakan penaja.

Azmi menegur pihak produksi untuk lebih peka.

“Bagi saya klip video satu minit itu sangat berharga… Itu sebab saya cakap dengan pihak Astro berilah sokongan pada kami.

“Janganlah anggap klip video saya itu picisan dalam konsert ini (ASGV)… Buat acuh tak acuh saja

“Sudah ambil kita sebagai penaja kenalah pandai jaga… Saya taja kerana bisnes untuk naikkan jualan bukan glamor,” katanya.

Azmi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Isnin.

Pada konsert ASGV minggu kelima, terdapat kesilapan teknikal dilakukan pihak produksi apabila hanya menyiarkan klip video penaja separuh jalan.

Jelas Azmi, bukan mudah untuk pihaknya menjual produk tenusu mereka dan membayar sejumlah wang yang besar kepada stesen televisyen swasta tersebut.

Kata Azmi dia perlu bekerja keras demi menarik perhatian enam juta penonton menerusi klip video seminit itu.

Azmi berusaha untuk mempromosikan produksi tenusunya di ASGV.

“Bukan senang nak jual susu ini… Saya ada satu minit saja untuk tarik perhatian enam juta penonton. Dah la klip video saya minggu lepas kena potong, angin satu badan waktu konsert lalu.

“Lepas segmen saya habis anda tidak lagi nampak saya di kerusi penonton. Saya ke bilik operasi untuk meminta penjelasan.

“Nak bayar juta-juta dekat Astro, saya kena perah ‘nenen’ lembu… Bukan saya petik daun tepi jalan,” ujarnya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button