“Kita berdua memang tiada kereta,” – Elizabeth Tan dan suami hanya naik motosikal red4h hujan, tak malu mengaku tiada kereta
PENYANYI dan pelakon Elizabeth Tan tidak malu mengakui dia dan suami, Dr Siew Jim tidak mempunyai kereta sejak mendirikan rumah tangga tahun lalu.
Sebaliknya kata Elizabeth atau lebih mesra dengan sapaan Lizzy, 29, mereka hanya bergantung kepada motosikal sekiranya ingin bergerak ke mana-mana.
Perkara itu dikongsikan Lizzy menerusi akaun TikTok miliknya yang pada awalnya memuat naik reaksi teruja Dr Siew yang membeli permainan video Play Station 5 (PS5).
Bagaimanapun, dia dan suami terpaksa membawa pulang PS5 yang dibeli menggunakan motosikal memandangkan tidak mempunyai kereta.
Suami Elizabeth Tan gigih bawa pulang PS5 dengan motosikal.
“Bila teruja dapat beli PS5 tapi kena naik motosikal. Kita berdua memang tiada kereta,” katanya.
Tidak hanya itu, netizen kagum apabila selebriti popular seperti Lizzy sanggup meredah hujan lebat bersama suami.
Dalam video tersebut, Dr Siew turut meletakkan PS5 yang dibeli dalam sebuah beg berwarna hitam selepas dibungkus dalam plastik bagi mengelak ia terkena air hujan sepanjang perjalanan pulang ke rumah.
Perkongsian tersebut turut meraih perhatian netizen yang rata-rata melahirkan rasa kagum terhadap sikap merendah diri pasangan itu.
Malah ramai berkongsi pengalaman hanya memiliki motosikal pada awal perkahwinan dan menyifatkan ia antara kenangan manis bagi pasangan suami isteri.
Elizabeth Tan mengaku tiada kereta.
“Harapnya PS5 sampai rumah dalam keadaan yang selamat. Dia punya jaga PD5 macam jaga isteri.
“Menunggang motosikal lebih senang di Kuala Lumpur, tak perlu hadap kesesakan lalu lintas. Dulu kami mula-mula kahwin pun naik motosikal juga,” antara komen netizen.
Untuk rekod, bintang filem Misteri Dilaila itu mendirikan rumah tangga dengan Dr Siew, 31, pada 21 Mac 2021.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda