Hiburan

“Banyak DM saya terima” – Tiada rumah, Datuk Red selesa tinggal dalam kereta… Anggap proses belajar selepas cerai dua isteri

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta.

Kata Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 46, dia sedang membiasakan diri melalui fasa baharu selepas perceraian dengan dua isteri iaitu Sharifah Norshafila Hashim dan penyanyi Adira Suhaimi.

“Saya cuma nak biasakan diri, perkara ini (cerai) baru berlaku. Ini proses pembelajaran buat saya. Saya selesa tinggal dalam kereta.

Adnan juga kerap mengadakan sesi siaran langsung mempromosi porduk jualan di dalam kereta.

“Banyak DM (direct messege) yang saya terima nak beri tumpang rumah dan tempat tinggal. Bukannya tidak mahu, tetapi saya enggan menyusahkan orang,” katanya.

Adnan berkongsi perkara tersebut dalam sebuah video ringkas yang dimuat naik di laman TikTok miliknya.

Dalam video berkenaan juga dia masih berada di dalam kereta dan kelihatan banyak barang-barang yang disimpan di tempat duduk belakang.

Adnan sebelum ini juga memberitahu dia sudah menyewa sebuah bilik yang juga dijadikan ruang untuk kembali memulakan pernigaan.

Bagaimanapun tempat tersebut kini dalam proses renovasi dan disebabkan itu dia terpaksa tinggal di dalam kereta.

Tambah Adnan, dia juga berharap orang ramai tidak perlu bimbang akan keadaan dirinya.

Adnan reda berpisah dengan kedua-dua isteri.

“Syukur saya masih diberi kesihatan yang baik. Saya selesa begini… jangan risaukan saya,” jelasnya.

Pada Selasa lalu, Adnan menceraikan isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hashim.

Sebelum itu, dia melafazkan talak terhadap isteri keduanya, Adira pada 24 April lalu.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button