Hiburan

“Duit Kahwin Masih Belum Cukup” – Azri Iskandar ‘Cancel’ Menikah Tahun Ini, Akui Masih Berkawan Dengan Azra

Sebelum ini, pelakon Azri Iskandar pernah memberitahu dia ingin mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati, Dr Azra Diera, pada cuti sekolah hujung tahun ini.

Belum ada berita baik

Bagaimanapun, ketika dihubungi OhBulan!, Azri menyatakan perancangan untuk berkahwin secepat mungkin itu terpaksa ditangguh kerana dia masih dalam proses menabung duit.

Selain itu, kata Azri, 57, jadual penggambaran yang sibuk juga menjadi salah satu punca mereka tidak berkahwin pada bulan ini.

Saya dan Azra tak mungkin kahwin pada tahun ini. Tetapi kami masih berkawan. Masa itu tak sesuai memandangkan saya sibuk dengan penggambaran pada hujung tahun ini.

Saya juga tengah kumpul duit kahwin. Masih belum cukup.

Tak tahu bila kahwin

Dalam pada itu, ditanya sama ada pemilik nama Iskandar Zulkiffly Iskandar dan Azra sudah mempunyai tarikh baru untuk disatukan sebagai suami isteri.

Jawabnya dengan ringkas, mereka belum lagi berbincang mengenai perkara tersebut.

Terdahulu, Azri mengesahkan dia sudah bertunang dengan Azra pada 29 Jun lalu di Kangar, Perlis.

Untuk rekod, Azri bercerai dengan Ellie Suriati pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Sumber: ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button