Viral

Baiknya bos, ‘belanja’ kereta siap ada riben! Pekerja Indonesia terkejvt dapat hadiah, terus pelvk Proton Saga pemberian majikan

APABILA rajin dan ikhlas bekerja keras, sudah tentu keringat yang mengalir keluar akan dihargai.

Berdasarkan sebuah video yang dikongsi di akaun TikTok @viviproton, pemilik akaun tersebut dipercayai jurujual Proton memberitahu seorang lelaki datang mencarinya untuk bertanyakan sama ada pusat jualannya mempunyai stok kereta Proton Saga kerana ingin membeli untuk pekerjanya.

Apabila urusan pembelian selesai dan kereta tiba, lelaki itu meminta pekerjanya yang berasal dari Indonesia untuk pergi ke pusat jualan Proton di Pontian, Johor bersamanya.

Pekerja itu begitu terkejut dan gembira apabila mendapat tahu kereta dengan riben merah besar itu merupakan hadiahnya lalu memeluk kenderaan itu.

Pekerja itu sangat gembira dengan ganjaran diterima.

Mereka kemudian mengambil gambar bersama kereta dan masing-masing tidak dapat menyembunyikan kegembiraan.

Jurujual Proton itu berkata, lelaki itu ada memberitahunya bahawa pekerja asing tidak boleh membuat pinjaman bank untuk membeli kereta, jadi dia memutuskan untuk membayar sepenuhnya dan memberikannya sebagai ganjaran.

Ketika lelaki itu mendapat kunci untuk menghidupkan kereta, dapat dilihat dia tersenyum gembira.

“Majikannya kata bahawa pekerja ini sangat rajin dan mereka memutuskan untuk memberi ganjaran kepadanya,” ujar jurujual Proton tersebut.

Kereta Proton Saga itu adalah milik pekerja Indonesia berkenaan.

Menurut China Press, selain membayar kereta tersebut sepenuhnya, majikan itu turut meletakkan kenderaan itu di bawah nama pekerjanya sebagai pemilik.

Dalam ruangan komen video tersebut, jurujual Proton itu ada menyatakan bahawa kereta yang dibeli berharga sekitar RM40,000.

Ramai netizen mengucapkan tahniah kepada pekerja itu dan ada yang memuji tindakan majikan berkenaan kerana menghargai pekerjanya.

Antara komen netizen di TikTok.

Video yang tular itu meraih lebih 79,000 tontonan dan 3,000 tanda suka yang mana warganet turut kagum dengan apa yang dilakukan seorang majikan terhadap pekerjanya.

“Macam mana nak jumpa bos yang baik seperti ini? Saya inginkan sebuah kereta juga!

“Bos itu ada mencari pekerja baru ke? Saya pun boleh bekerja keras.

“Bos saya pun berikan kereta untuk saya sempena tahun baharu. Saya gembira sangat sampai rasa tak nak bangun daripada katil.

“Orang baik akan berjumpa dengan orang-orang yang baik juga.

“Susah nak jumpa bos yang baik. Hargailah ia dengan baik,” demikian antara komen netizen di TikTok.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button