Hiburan

Anak tak boleh bin bapa kandung, JPN suruh pilih 99 nama Allah… Wanita ini k0ngsi pengalaman urus keluarga tanpa suami

SETIAP pasangan yang berumahtangga pasti berdepan dengan pelbagai cabaran.

Bagi mana-mana wanita, dugaan terp4ksa berjauhan dengan suami atas dasar tugas mencari rezeki pasti sukar dilalui namun terp4ksa ditelan.

Sebagaimana dikongsikan di media sosial, wanita bernama Iffah Nur Dini ini pasrah apabila melahirkan anak sulung tanpa suaminya Aidie Fitri, 27, di sisi kerana urusan kerja.

Tangkap layar perkongsian Iffah di TikTok.

“Lapan bulan pertama mengandung suami ada di sisi. Namun ketika tempoh tinggal lagi sebulan nak bersalin, suami dapat panggilan untuk rekrut polis.

“Jadi dia tak ada waktu saya bersalin,” katanya ketika dihubungi mStar.

Malah dugaan wanita berusia 27 tahun ini tidak terhenti di situ apabila anaknya, Adlee Mustaqim yang dilahirkan pada 12 Disember 2021 tidak boleh dibinkan dengan nama bapanya.

“Saya dimaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak membenarkan ibu bapa lewat mendaftar nama anak. Jika tidak akan didenda. Saya tak nak banyak masalah, saya daftar sijil lahir anak tanpa kad pengenalan ayahnya.

“Disebabkan tak dapat berikan kad pengenalan asal suami, JPN minta saya guna salah satu daripada 99 nama Allah. Bahagian maklumat bapa kepada anak saya terp4ksa dikosongkan,” imbas Iffah.

Menurut Iffah, suaminya yang melapor diri pada 7 November 2021 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di Kuala Lumpur hanya mengetahui tentang kelahiran anak pertama mereka setelah segalanya selesai.

Selepas suami habis rekrut dalam tempoh lima bulan, barulah mereka dapat berjumpa secara berdepan dekat Pulapol.

IFFAH NUR DINI

Jelasnya yang kini menetap di Kelantan bersama suami dan anaknya, dia terpaksa membuat laporan di balai polis untuk memberi khabar gembira itu.

Katanya yang kini sudah berumah tangga hampir dua tahun, anaknya pada ketika itu terpaksa memakai nama sementaranya iaitu Adlee Khairul Mustaqim Abdul Rahman.

“Masa saya dah dekat hospital nak bersalin memang suami tak tahu apa-apa langsung. Dekat Pulapol memang tak boleh pakai telefon jadi saya kena buat report di balai polis sahaja untuk sampaikan berita saya sudah beranak.

Iffah dan Aidie sudah berkahwin lebih satu tahun sembilan bulan.

“Sepatutnya dia dapat balik tapi masa tu SOP masih ketat jadi dia tak dibenarkan pulang. Jadinya ‘perjumpaan’ mereka kali pertama hanyalah melalui panggilan video saja.

“Selepas suami habis rekrut dalam tempoh lima bulan, barulah mereka dapat berjumpa secara berdepan dekat Pulapol. Kami pun sama-sama selesaikan segala urusan sijil lahir anak sama-sama dengan berikan segala bukti dokumen dekat JPN,” katanya lagi.

Setelah kira-kira sebulan menunggu, akhirnya segala urusan menukarkan bin suaminya kepada nama anak sulung mereka berjaya didaftarkan secara sah.

Suami Iffah bersama anak sulung mereka Adlee Mustaqim.

Perkongsian di TikTok mengenai liku-liku rumah tangganya ini meraih perhatian apabila jumlah tontonan video mencecah lebih 1 juta.

Terdapat beberapa netizen turut bersimpati dengan apa yang terjadi terhadap Iffah malah ada juga yang turut mengalami situasi sama dikongsikan di ruangan komen.

“Sekarang punya undang-undang macam ni. Selagi tak ada kad pengenalan asal ayah memang tak boleh masukkan maklumat bapa.

“Aduh, harap JPN buat peraturan baharu. Kalau bapa pergi rekrut, bertugas luar Malaysia… ada surat pengesahan pun dah okey,” kata beberapa netizen.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button