Hiburan

“7 Tahun Habiskan Penyelidikan…,”-Ahmad Idham Berjaya Genggam Ijazah Kedoktoran di UUM, Mahu Jadi Inspirasi Anak PD

Pelakon dan pengarah, Dr Ahmad Idham Mohd Nazri menzahirkan rasa syukur selepas usahanya untuk maraih Ijazah Doktor Pengurusan di Universiti Utara Malaysia (UUM) akhirnya membuahkan hasil.

Menurut Ahmad Idham, meskipun jadualnya agak padat selepas proses penamaan calon di Port Dickson, namun dia tetap tidak mahu melepas momen bersejarah di dalam hidupnya itu.

“Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah dan sangat bermakna buat saya apabila dapat menggenggam skrol Ijazah Doktor Pengurusan dalam Majlis Konvokesyen ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM) 2022, Sintok yang disempurnakan oleh KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

“Usai pengumuman penamaan calon parlimen Port Dickson untuk PRU15 semalam saya terus bergegas ke Sintok sebagai persiapan akhir sebelum Majlis Konvokesyen ke-34 yang berlangsung pada hari ini.

“Walaupun jadual dan masa pergerakan yang sangat padat kurang daripada 24 jam, namun ianya adalah tanggungjawab yang harus saya terima dan laksanakan,” tulisnya dalam satu kenyataan di Instagram.

 

Katanya lagi, dia berharap agar kejayaannya itu dapat menjadi buat anak muda untuk terus menuntut ilmu diperingkat tertinggi.

“Penantian selama hampir tujuh tahun ini membuahkan hasil apabila berjaya menghabiskan penyelidikan saya untuk Ijazah Doktor di dalam bidang pengurusan.

“Saya mengharapkan dengan ilmu yang saya ada dapat dimanfaatkan dan diterjemahkan pelaksanaannya dalam mengurustadbir selain mempopularkan Port Dickson sebagai bandar pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri.

“Selain itu, saya mengharapkan dengan berjaya menghabiskan penyelidikan dan menerima Ijazah Kedoktoran ini dapat mencetuskan semangat untuk belajar selain dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda khususnya di Port Dickson untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi,” kongsinya lagi.

Pada masa sama, pelakon yang popular menerusi drama Cinderella itu turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah menjadi tulang belakangnya untuk menamatkan pengajian.

“Ilmu merupakan pelita yang membawa manusia keluar daripada gelap kejahilan.

“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

“Buat para guru, penyelia dan para pendidik yang telah berkongsi ilmu dan mendidik saya selama ini, saya doakan semoga kalian semua dikurniakan rahmat dan maghfirahNya,” akhirinya.

Terdahulu, majlis konvokesyen yang telah disempurnakan oleh Sultan Kedah, KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berlangsung pada Ahad.

Foto-foto sewaktu majlis konvokesyen turut dikongsikan oleh Ahmad Idham di akaun Instagram miliknya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Idham juga merupakan salah seorang calon parti Gerakan Tanah Air (GTA) yang akan bertanding di parlimen Port Dickson.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr Ahmad Idham Mohd Nazri

Sumber : MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button