Hiburan

Ramai mahu Kak Lina terus menjadi hos untuk Gegar Vaganza akan datang, ini kenyataan dari pihak Astro

Ketua Saluran Astro Ria, Prima dan Warna, Norzeha Mohd Salleh, akui berpuas hati melihat prestasi hos program Gegar Vaganza 9 (GV9) iaitu Elly Mazlien yang berjaya menghiburkan penonton selama 11 minggu bersiaran.

Bagaimanapun kata Norzeha, masih awal untuk mendedahkan sama ada Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom untuk berada dalam edisi GV yang seterusnya atau tidak.

“Kami pasukan produksi dan team GV sangat berpuas hati dengan prestasi yang diberikan oleh Kak Lina. Namun untuk menjawab sama ada Kak Lina akan bersama dalam GV seterusnya terlalu awal untuk dikongsikan.

“Segalanya boleh berlaku, sekiranya masih mahukan dia bersama GV mungkin akan ada perubahan lain daripada segi hos pula. Mungkin Akan ada gandingan baru atau sebagainya, terlalu awal untuk bercakap mengenai itu.

“Selepas ini pihak produksi dan seluruh team GV akan buat post mortem, daripada situ kami akan kaji balik dan bedah siasat semula untuk semua sudut termasuk lah hos, konten, juri dan banyak lagi. Kemudian selepas itu, barulah kami buat keputusan apa yang akan dilakukan untuk GV 10,” ujarnya kepada Gempak.

Norzeha ditemui dalam satu sidang media usai konsert akhir GV9 yang berlangsung dari Auditorium MBSA, Ahad lalu.

Dalam masa sama, Norzeha turut mengakui gandingan Kak Lina dan Nabil mengemudikan GV9 menjadi penyumbang kepada rating program berkenaan selain barisan bintang dan juri yang terlibat.

Ketua Saluran Astro Ria, Prima dan Warna, Norzeha Mohd Salleh (Foto Tengah)

“Jika boleh dikongsikan, rating GV9 kali ini naik yang pertama sekali adalah disebabkan barisan bintang yang join. Daripada awal sudah menarik minat jutaan penonton untuk menyaksikan GV9 setiap minggu.

“Yang kedua tidak dinafikan gandingan Kak Lina dan Nabil, mereka memang bagi all out. Penonton sentiasa terhibur dengan gelagat mereka.

“Yang ketiga tidak dilupakan barisan juri yang ada, di mana saya lihat mereka sama ‘naik’ dengan Kak Lina, saling memberi juga.

“Hiburan yang ada dalam GV9 itu sendiri buatkan program ini kekal nombor satu di Malaysia,” tambahnya.

“Pengsan Nabil Nak Kawal Dia” – Semangat Jadi Pengacara GV9, Peminat Puji ‘Energy’ Kak Lina PomPom

Seperti yang ramai ketahui, Elly Mazlien atau lebih mesra dipanggil Kak Lina PomPom sememangnya mempunyai personaliti yang ceria dan lucu.

Kebolehan Kak Lina dalam mengacarakan program GV turut dipuji orang ramai apabila dia dilihat sangat bersemangat dan bertenaga ketika berada di atas pentas.

Malah, gelagat Kak Lina turut sempat dirakamkan oleh penyanyi, Bella Astillah yang terhibur melihat keterujaan Kak Lina menari sehingga disedari oleh juri tetap, Dato’ Ramli M. S.

Punya seronok sampai tak perasan Tok tengah tengok, terus kejung jap, Loveee lah kak Lina pompom.

Malah, ada juga segelintir netizen yang berseloroh apabila sebelum ini Jihan yang selalunya akan mengawal Nabil, namun kali ini Nabil yang perlu menjaga Kak Lina supaya program tersebut berjalan dengan lancar.

Elly bergandingan dengan Nabil Ahmad bagi menggantikan Jihan Muse yang kini sedang dalam tempoh berpantang selepas bersalin anak kedua pada awal September lalu.

Mengakui gandingan Nabil dan Jihan sangat baik sepanjang lapan musim sebelum ini, Elly bagaimanapun berkata dia tidak mahu terikat dengan cara penyampaian sama dan mahu tampil dengan gaya tersendiri.

“Memanglah saya rasa gementar sehingga rasa nak pitam. Kita semua sudah tahu bagaimana Jihan dan Nabil sebelum ini cukup serasi sebagai pengacara program ini.

Ramai yag memuji keserasian Nabil dan Elly di pentas GV9.

“Saya akan kendalikan GV9 mengikut cara sendiri selain kemahuan program ini.

“Kita sedia tahu progres GV dari musim pertama hingga kelapan. Saya anggap amanah itu sebagai sesuatu yang berat sebenarnya terutama apabila memikirkan untuk mengekalkan momentum GV itu sendiri,” jelasnya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen di media sosial, rata-rata penonton memberikan respon positif dan suka dengan cara pengacaraan Elly.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button