Hiburan

Adik Jadi Isteri Kedua Zainal Abidin Hassan, Ini Respon Ayda Jebat

Belum reda dengan isu Syamsul Yusof mengahwini ‘orang ketiga’ dalam perkahwinannya iaitu Ira Kazar, muncul pula mengenai bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan kahwin wanita lain biarpun belum berstatus duda.

Lagi membuatkan hal itu menjadi tumpuan ramai kerana Zainal Abidin telah pun berkahwin dengan adik pelakon popular, Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat yang jauh lebih muda darinya.

Susulan telah menjadi bualan ramai, pihak Gempak menemui Ayda Jebat untuk bertanyakan pendapatnya mengenai perkara yang berlaku ini.

Pelakon terbabit enggan mengulas terlalu banyak mengenai perkara tersebut kerana banyak hati yang perlu dijaga termasuk keluarganya serta keluarga Zainal Abidin.

Dah jodoh dan mereka ambil keputusan untuk kahwin. Jodoh itu di tangan Allah, jadi kita kena terima lah.

Dalam pada itu, Ayda hanya meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut daripada mengecam mereka.

Tambahan lagi, dia turut bangga dengan adiknya, Fyna kerana berani berterus-terang mengenai perkahwinan itu dan masih kekal tenang dengan segala yang berlaku.

Sekadar info, tular seorang pengguna Twitter mendedahkan bekas pemain bola sepak terkenal era 80-an serta 90-an mengahwini Fyna dan individu lelaki tersebut belum berstatus duda.

Terdahulu, adik kepada pelakon popular, Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat mengahwini bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan sudah pun terjawab.

Pengakuan tersebut di buat sendiri oleh Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat, namun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perkahwinan mereka dan hanya minta netizen mendoakan yang terbaik.

Setelah mengesahkan perkahwinan itu, ramai beranggapan Zainal Abidin merupakan seorang duda, tetapi ada yang mendakwa dia masih lagi suami orang.

Sumber: Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button