“Tiada apa-apa hubungan pada awalnya” – Simpati dengar masalah rumah tangga, Muaz Zabir cuma bantu Bella Astillah dapat perhatian suami
PERASAAN simpati mendengar luahan Bella Astillah membuatkan pelakon baharu Muaz Zabir rela dipergunakan bagi membolehkan aktres itu mendapat perhatian suami.
Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 27, berkata, niatnya hanya sekadar membantu dan tidak pernah berniat menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Bella dan Aliff Aziz.
“Tiada apa-apa hubungan pada awalnya, saya hanya menjadi pendengar luahan Bella dan perasaan ihsan itu berubah menjadi kasihan dengan apa yang berlaku.
Bella dan Muaz hanya sekadar rakan.
“Saya diberitahu Bella mahu buat Aliff cemburu dan sebagai rakan saya ingin membantunya dan sumpah tiada niat nak memporak-perandakan rumah tangga mereka.
“Niatnya adalah mungkin dengan kami buat collaboration post dapat membuatkan Bella mendapat perhatian Aliff,” katanya.
Muaz menjelaskan perkara itu menerusi temu bual bersama program Melodi yang disiarkan pada Ahad.
Dalam pada itu, Muaz turut mengakui kekhilafannya selain menerima pandangan dan kecaman netizen berhubung isu membabitkan dia.
“Cerita ini sangat memberi tekanan kepada saya dan juga Bella sendiri.
“Saya tak dapat nak halang persepsi masyarakat, itu adalah hak mereka atas kekhilafan saya,” katanya lagi.
Jelasnya, dia memilih untuk mendiam diri sementara isu berkenaan sedang hangat diperkatakan bagi mengelakkan keadaan semakin memburuk.
Namun perkara tersebut telah diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak dan dia juga sudah mengambil langkah melupakannya sejak tahun lalu.
Bagi tidak memudaratkan keadaan adalah lebih baik saya berdiam diri dahulu supaya tidak keruhkan keadaan.
MUAZ ZABIR
PELAKON
“Hal ini sebenarnya telah selesai tahun lepas lagi dan kami telah mendapat kata sepakat daripada keluarga Bella dan Aliff untuk ‘move on’ daripada kejadian ini.
“Ini adalah salah saya dan kekhilafan saya dan Bella sendiri. Keluarga Bella tiada kena mengena dengan hal ini dan tidak tahu apa yang terjadi antara kami.
“Saya menghormati keputusan Bella dan juga keluarga untuk memperkatakan apa-apa isu yang tular sekarang ini bagi tidak memudaratkan keadaan adalah lebih baik saya berdiam diri dahulu supaya tidak keruhkan keadaan,” ujarnya.
Sebelum ini, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, menjelaskan hubungan yang terjalin di antara mereka hanya sekadar rekaan untuk membuatkan suaminya iaitu Aliff Aziz berasa cemburu.
Muaz ambil pengajaran dengan apa yang berlaku.
Kata Bella, foto dan perbualan dia dan Muaz dibuat tahun lalu ketika Aliff berlaku curang dengan dua orang wanita lain yang enggan disebut namanya.
Malah Bella juga mendedahkan hanya Aliff mempunyai salinan kesemua foto dan tangkap layar yang tersebar.
Kisah Bella bersama Muaz mula mendapat perhatian ramai apabila pengguna seorang pengguna TikTok dikenali @edisiumat memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan dan foto mereka.
Hubungan terbabit didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu selain mereka kerap berkongsi foto rutin harian dalam mesej yang dihantar.
Antara foto yang dikaitkan dengan Bella dan Muaz.
Pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Susulan serbuan itu, Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun sebutan kedua permohonan berkenaan pada 4 April lalu tidak berjalan seperti diharapkan.
Aliff ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan enggan menceraikan Bella dengan alasan masih sayangkan isterinya.
Pada 2019, pasangan itu pernah bercerai talak satu namun mereka kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda