“Nama dia guna Mrs” – Terdapat khabar angin Ruhainies sudah bergelar isteri, dokumen perniagaan di London tersebar
KETIKA kes khalwat dengan penyanyi Aliff Aziz masih belum selesai, nama pelakon Ruhainies sekali lagi menjadi bualan selepas timbul dakwaan kononnya dia sudah berkahwin.
Menerusi satu pendedahan di akaun TikTok milik Myra Alana, status Ruhaihies yang digelar sebagai ‘Mrs’ dikatakan sebagai bukti dia sudah menjadi isteri orang.
Ia susulan nama Ruhainies didaftarkan sebagai Mrs atau puan dalam sebuah urusan perniagaan di London, United Kingdom.
Paparan dokumen mendakwa Ruhainies sudah berkahwin.
Malah dia dan individu dikatakan memiliki perniagaan NRFMEJ Beauty Ltd. yang menggabungkan nama dia dan seorang individu sebagai sebuah syarikat.
“Nama dia guna Mrs dan bukannya Miss. Gelaran Mrs untuk orang yang dah berkahwin,” komen netizen.
Individu yang berkongsi perkara itu turut memuat naik gambar sebuah rumah di sana yang tidak pasti apa kaitan dengan mereka.
Bagaimanapun dalam salah satu hantaran berkenaan tertera status syarikat itu telah dibubarkan.
“Mr. E bekas kekasih. Mereka kerja bersama dan syarikat pun guna gabungan nama berdua,” balas seorang penguna TikTok di perkongsian berkenaan.
Namun begitu tuduhan tersebut tidak boleh diterima selagi tiada bukti kukuh seperti pengesahan perkahwinan daripada pihak berautoriti ataupun daripada Ruhainies sendiri.
Ruhainies juga dikatakan memiliki kediaman di London.
Sebaliknya ia hanyalah sekadar tuduhan netizen sahaja.
Ruhainies sebelum ini pernah berkongsi tentang kekasihnya yang dikenali sebagai Mr. E dan tinggal di luar negara.
Bagaimanapun dia tidak pernah mendedahkan wajah lelaki berkenaan.
Nama Ruhainies kini hangat menjadi bualan ramai susulan isu ditangkap oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas dakwaan khalwat bersama Aliff pada 9 Mac lalu.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda