“Kami tak guna atas jalan” – Opai jawab isu nombor plat QPA1, nafi dakwaan dipanggil JPJ

SUAMI kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai menafikan dakwaan kononnya dia dipanggil oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita.
Aliff memaklumkan dia tidak menerima sebarang panggilan berkenaan penggunaan nombor plat palsu pada kenderaan jenis McLaren berwarna hijau yang tular, baru-baru ini.
Jelas Aliff, dia hanya menggunakan nombor plat QPA1 sewaktu berkahwin dengan Fatin untuk tujuan merakamkan foto kenangan bersama.
Opai menjelaskan hanya menggunakan nombor plat itu bagi tujuan bergambar.
“Assalamualaikum, JPJ tidak ada memanggil saya pun, malah saya juga tidak menerima apa-apa surat atau panggilan daripada pihak mereka.
“Saya rasa kalau nak beri penjelasan pun, biasalah orang kahwin guna nombor plat fancy, nombor plat cantik-cantik. Letak nama sendiri.
“Atas jalan raya kami tak guna pun nombor plat tu,” katanya.
Aliff berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Dalam pada itu, suami kepada aktres berkenaan juga memohon agar orang ramai tidak lagi mensensasikan isu berkaitan dirinya semata-mata untuk tujuan viral.
“Kami kahwin pun dah hampir setengah tahun. Viral pun lama dah. Jadi, janganlah nak kata kononnya JPJ panggil.
“Saya rasa sudah-sudahlah, orang Malaysia pun dah bosan dengar cerita Opai (panggilan Aliff).
“Orang nak guna nama saya pun sebab senang nak masuk FYP (for your page). Sebab apa? Sebab memang kita bagus. Assalamualaikum,” ujarnya.
Opai nafi dakwaan dipanggil JPJ.
Pada Ahad, media tempatan melaporkan JPJ Kuala Lumpur mengesahkan nombor plat yang digunakan pada sebuah kenderaan jenis McLaren adalah bukan nombor sebenar.
Menurut JPJ, pemilik berdaftar nombor plat dan kenderaan berkenaan merupakan pihak yang berbeza.
Justeru, pemilik kereta tersebut dinasihatkan membuat laporan polis susulan gambar kenderaannya tular di media sosial membabitkan seorang suami artis popular.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda